Kalau dahulu ramai yang tidak tahu tentang anxiety tetapi kini dapat kita lihat semakin ramai yang berkongsi video ketika terkena gangguan ini.
Bukan itu sahaja, terdapat juga sebilangan netizen yang mempunyai anxiety disorder tampil memberi kesedaran kepada wargamaya tentang punca, tanda-tanda dan cara menenangkan orang yang mempunyai anxiety kerana pada ketika ini, ramai yang masih mengambil ringan tentang dan tidak menjaga sensitiviti menganggap mereka sekadar berlakon.
Sama juga kisahnya dengan seorang instafamous yang lebih dikenali sebagai Syasya Rushdina yang dikatakan sekadar berlakon mengalami anxiety semata-mata demi content mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok @syasyarushdina, dia berkongsi saat sukar sewaktu keluar bersama keluarganya.
Pada awalnya dia baik-baik sahaja sehinggalah badannya berpeluh walaupun pendingin hawa berfungsi dengan baik. Semasa di kedai makan pula, gadis berkenaan tiba-tiba menangis tanpa sebab.
Siapa sangka, dalam pada keadaannya yang cuba mengawal nafasnya agar kembali normal, ada juga yang mengatakan bahawa dia hanya berlakon semata-mata.
Namun Syasya bagaimana pun bertindak matang dan memilih untuk tidak mudah melatah dengan perkara tersebut malah dia juga sempat berkongsi tips yang boleh dilakukan untuk seseorang yang terkena anxiety.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3.8M tontonan, 422.5K tanda suka, 8595 komen dan 6137 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut risau melihat keadaan Syasya dan dalam masa yang sama berangdengan sikap segelintir individu yang tidak prihatin dan tidak menjaga sensitiviti.
Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang mengakui pernah terkena anxiety dan ada yang berkongsi tips untuk mengurangkan keresahan tersebut.
Berikut merupkan komen daripada warga maya:
“cuba bayangkan kita tengah happy2 tiba-tiba kena anxiety .. Ya Allah, tak kuat..”
“aku pun terikut panic, you can do it syasya!”
“i feel you, dekat mana mana boleh kena srs terseksa tau..”
“guys, if you have friend who had anxiety .. give them a hug, they need reassurance of how safe they are”