Kekasih pertama anak perempuan sememangnya ayahnya. Jadi tak hairanlah kalau anak perempuan rapat dan manja dengan sang ayah.
Malah, tiada seorang lelaki pun yang dapat menandingi rasa sayang ayah terhadap puterinya.
Mana tidaknya, insan bergelar ayahlah selalu melindungi anak perempuan jika sesuatu berlaku.
Buah hati anak perempuan itu turut enggan membenarkan siapa-siapa pun menyakiti anaknya.
Sebab itulah jika kemalangan buruk terjadi kepada ayah, anak perempuan yang pertama sekali akan berasa cemas dan risau.
Persis kisah yang dikongsikan oleh Fattah Amin sendiri di mana anaknya bersama aktres cantik Nur Fazura, Fatima menangis kesedihan.
Rupa-rupanya, punca si cilik itu teresak-esak menangis kerana ternampak ayahnya dipukul dalam salah satu babak yang dilakonkan dalam filem KL Special Force.
Video yang dimuat naik semula oleh @fattzuralovelife juga memaparkan Fatima tidak henti-henti memanggil ayahnya “daddy daddy” sambil menundingkan jari ke arah kaca televisyen.
Dalam pada Fatima menunjukkan riak wajah gusar, kedengaran suara Fattah cuba menenangkan anaknya itu dan menerangkan kepada Fatima itu hanyalah lakonan semata-mata.
Sejak video ini dimuat naik bulan lalu, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 439,988 manakala meraih 14,636 tanda suka di Instagram!
Untuk rekod, pelakon Fattah Amin mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Video yang tular di laman Instagram