Connect with us

Viral

Mengadu Adik Ipar Minta Ganti Cawan Pecah, Netizen Tampil Sekolahkan Wanita Ini!

Anak-anak apabila berada di tempat tumpuan ramai ataupun dirumah orang selalunya akan berubah menjadi ‘hyper active’ sehingga ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Bagaimana pun, dalam berhati-hati, ada kalanya ibu bapa akan terlepas pandang dengan tingkah laku mereka yang gemar mencapai objek seperti kaca, alatan tajam dan benda berbahaya.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi sebuah cerita dimana dia dan adik iparnya bermasam muka setelah anak wanita terbabit secara tidak sengaja telah merosakkan satu barang berharga di dalam rumahnya.

Menerusi perkongsian wanita ini sendiri, dia memaklumkan dirinya dan keluarga telah berkunjung ke rumah adik iparnya baru-baru ini.

Difahamkan, anak wanita terbabit telah membuatkan sebiji cawan pecah secara tidak sengaja semasa mengambil air di dapur.

Namun apa yang membuatkan dirinya berang adalah adik iparnya itu meminta ganti rugi kira-kira RM200-RM300.

Wanita ini bagaimana pun menyifatkan adik iparnya itu sengaja mengambil kesempatan terhadap dirinya namun siapa sangka perkongsian wanita tersebut akhirnya mendapat kecaman ramai setelah netizen mengetahui harganya.

Buat pengetahuan, itu merupakan cawan ‘kayangan’ dimana harga satu cawan itu sahaja sudah pun tinggi apatah lagi mempunyai jenama yang bagus.

Meninjau di ruangan komen, netizen tampil ‘backup’ adik iparnya dengan mengatakan dia tidak menipu kerana harga sebenar bukanlah murah.

Bukan itu sahaja, netizen juga berpesan kepada orang ramai agar tidak mengambil mudah tentang harta orang lain dan perlu lebih peka dengan gerak geri anak-anak ketika berada di rumah orang.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular:

Continue Reading
Advertisement