Connect with us

Selebriti

Mengaku 10 Tahun Terlibat Dengan Dadah, DJ Radio Ditahan Miliki 447.44 gram Ganja

Setiap hari pasti ada sahaja isu dan kontroversi yang berkaitan dengan selebriti tempatan. Perkara seperti ini bahkan boleh merosakkan reputasi seseorang yang telah berada dalam industri hiburan.

Sama seperti satu berita yang tular pada hari ini di mana seorang penyampai radio yang didakwa telah ditangkap oleh polis akibat memiliki dadah jenis ganja.

Menerusi laporan Gempak, difahamkan dadah jenis ganja seberat 447.44 gram itu telah diasing-asingkan kepada 22 peket plastik dan akan dihantar ke Pulau Tioman, Pahang dalam masa terdekat.

Foto: Gempak

Suspek yang ditangkap telah mengakui bahawa dadah jenis ganja yang dibawa itu adalah miliknya dan mula berkecimpung dalam aktiviti haram ini sejak tahun 2011 lagi.

Sebelum ini, menerusi rekod lampau suspek pernah ditahan kerana perkara yang melibatkan penyalahgunaan dadah juga jenis ganja.

Menerusi tinjauan di stesen radio yang dikendalikan olehnya itu, rata-rata penganjur serta netizen menganggap dakwaan itu adalah palsu dan rekaan semata-mata sehingga menibulkan fitnah terhadap suspek.

Namun, bukti semakin kuat dan kukuh apabila penyampai radio itu dikatakan tidak bersiaran ke udara seperti biasa semenjak seminggu yang lalu. Sehingga kini, suspek masih belum dapat dikenal pasti.

Sekadar info, penyalahgunaan dadah adalah salah satu isu yang terbesar di Malaysia. Umum mengetahui kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku seseorang itu.

Bukan itu sahaja, malah penyalahgunaan dadah ini boleh menyebabkan pelakunya berasa sangat ketagih dan membuatkan mereka terus bergantung hidup kepada dadah.

Justeru, penjualan dadah juga boleh memberi pulangan wang yang berganda banyaknya kepada pengedar. Disebabkan itulah individu yang terjebak dengan aktiviti haram ini sukar untuk berhenti kerana mahu mendapatkan wang dengan cara yang mudah walaupun sudah maklum bahawa hal itu haram di sisi agama dan salah di sisi undang-undang negara.

Orang ramai diharapkan cuba untuk menghindari perkara seperti ini. Mungkin ia kelihatan mudah di awalnya namun namun tiada siapa tahu apa yang akan berlaku di akhir nanti kerana ia boleh memudaratkan seseorang itu apabila sudah terjebak dengan perkara seperti aktiviti ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.