Connect with us

Viral

Mengamuk Pada Manager Selepas Kena ‘Sidai’ 8 Jam, Netizen Sokong Lelaki Gesa Syarikat Penerbangan Bertanggungjawab

Bagi yang selalu travel ke dalam mahupun luar negara menggunakan kapal terbang pasti faham akan perasaan apabila dimaklumkan flight delay untuk beberapa jam.

Iospital phone repair gombak

Bagi sesetengah pihak mungkin ianya situasi biasa yang tak dapat dielakkan. Tapi setidaknya, demi menebus perkara itu, pihak syarikat penerbangan boleh menyumbangkan sedikit keselesaan buat para penumpang yang terpaksa menunggu.

Persis seperti video yang tular di media sosial semalam di mana seorang lelaki mengamuk di kaunter penerbangan kerana terpaksa menunggu terlalu lama untuk menaiki pesawat bersama penumpang yang lain.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @opmchimmy di TikTok, sepatutnya pesawat yang membawa mereka berlepas pada jam 11.35 malam 22 Disember 2022 namun ditunda sehingga jam 7.40 pagi 23 Disember 2022, tanpa sebarang pengumuman.

Jelas terdengar lelaki berkenaan menggesa agar pihak pengurusan bertanggungjawab kepada para penumpang yang keletihan lebih-lebih lagi warga emas.

Bagaimanapun, pihak pengurusan menyatakan hotel mereka penuh dan tidak dapat berbuat apa-apa membuatkan para penumpang geram kerana membiarkan mereka menunggu selama 8 jam tanpa sebarang penjelasan.

Susulan insiden itu, penumpang yang menengking staf di kaunter tersebut tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Flight sepatutnya pukul 11.30 malam tapi apabila aku sampai, kakitangan syarikat penerbangan cakap delay ke pukul 2.30 pagi sebab keadaan cuaca.

“Apabila dia cakap macam tu, aku tanya lagi adakah akan ada delay lagi atau memang betul berlepas pukul 2.30 pagi. Dia cakap tak akan ada delay dah

“Sekarang tengok dekat skrin jadual penerbangan ni, tertulis flight kami pukul 6.35 pagi esok, tak ada cakap delay apa pun,” jelas Firdaus menerusi ciapan pada pukul 3.56 pagi Jumaat.

“Seorang staf pun tak nampak muka. Makluman apa pun tak ada. Padahal awal-awal aku dah tanya, kalau delay lama lagi, aku nak check-in.

“Aku nak duduk luar, cari hotel dan tidur. Kau bayang daripada pukul 11 malam sampai ke pukul 6 pagi nak duduk je dekat airport satu hari tak tidur.

“Tak ada seorang pun staf syarikat penerbangan yang datang untuk tanya khabar kami atau berikan apa-apa maklumat. Kami memang left in the dark,” kata Firdaus.

Menurut Firdaus, tiada sebarang pengumuman dibuat dan tindakannya menengking staf tersebut bersebab serta menyatakan petugas di kaunter berkenaan berjawatan manager.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan daripada pihak pengurusan syarikat penerbangan terbabit berhubung kejadian tersebut.

Video yang tular di laman Twitter

Video yang tular di laman TikTok

@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair ♬ original sound – Chimmy

@tukangfikir Replying to @Masrianti.yan swmoga menjawab soalan. #tukangfikir ♬ original sound – TF – Business Strategist

@tukangfikir Replying to @TF – Business Strategist malindo air mesti bertanggungjawab. Membiarkan oelanggan dalam keadaan tidak tahu apa-apa adalah salah dan biadap. #tukangfikir #malindoair #malindoaircabincrew #malindoairlines ♬ original sound – TF – Business Strategist

@tukangfikir Replying to @ayeh Dahlah. Benda pun dah jadi, tinggal tindakan kita sahaja sebagai pengguna. TQ SEMUA. Bye. #tukangfikir #malindoair #malindoaircabincrew #flightdelayed ♬ original sound – TF – Business Strategist

Continue Reading
Advertisement