Connect with us

Semasa

#MenteriKPTLetakJawatan Trending di Twitter, Menteri Pengajian Tinggi Mohon Maaf Atas Segala Kesulitan Yang Timbul

Kita masih bergelut dengan pandemic Covid-19 setelah negara mencatat kenaikan mendadak bilangan pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.

Ekoran dari penularan wabak berkenaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mencadangan penangguhan serta-merta pendaftaran fizikal pelajar baharu ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) semalam.

Keputusan hasil perbincangan IPT dan Majlis Keselamatan Negara

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, peningkatan kes tersebut adalah di luar jangkaan dan keputusan dibuat setelah perbincangan antara kementeriannya bersama pihak IPT dan Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Kesihatan dijalankan.

Beliau turut berkongsi berita tersebut menerusi laman Facebook dan turut memperjelaskan isu tersebut.

Penjelasan dari Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad

“Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta”.

“Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.
Peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka”.

“Kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik”.

Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar

“Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal”.

“Saya berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini”.

Pelajar yang sudah tiba boleh kekal di kampus

“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak Universiti”.

“Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke Universiti”.

“Akhir sekali, saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid19 ini”.

Terdahulu, pengumuman pada saat akhir KPT itu ternyata mengejutkan ribuan pelajar yang kini sedang meluahkan kemarahan mereka di media sosial.

Lebih teruk lagi, tanda pagar (hashtag) #MenteriKPTsilaletakjawatan juga kini trending di laman Twitter sejak pengumuman itu dibuat.

Kebanyakan pelajar yang terkesan memuat naik luahan ketidakpuasan hati mereka kerana terpaksa pulang semula dan ada yang terpaksa mencari penempatan sementara serta mencari pihak yang sudi menumpangkan mereka pulang ke rumah masing-masing.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.