Connect with us

Viral

“Menyayat hati,” Mayat Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Bawah Timbunan Lahar Gunung Berapi Semeru

Tarikh 4 Disember 2021 merupakan satu tarikh keramat bagi penduduk daerah Lumajang, Wilayah Jawa Timur Indonesia dimana kita dikejutkan dengan perkhabaran letusan gunung berapi Semeru yang mengakibatkan korban nyawa.

Tragedi hitam ini nyata mengejutkan penduduk tempatan yang duduk di sekitar gunung berapi Semeru yang langsung tidak bersedia.

Menerusi video yang tersebar, Letusan yang berlaku menyebabkan awan diliupi asap tebal dan hujan lumpur di beberapa kawasan dan dalam masa yang sama kelihatan penduduk disitu berlari untuk menyelamatkan diri.

Difahamkan, Hari siang bertukar menjadi gelap gelita seperti waktu malam akibat asap hitam tebal menutupi cahaya matahari dan ada juga beberapa rumah yang runtuh.

“Dua kecamatan di Lumajang bertukar menjadi gelap gelita iaitu di Pronojiwo dan Candipura.” – Kata pihak berkuasa Lumajang.

Setelah beberapa hari kekecohan itu berlalu, kini tiba masanya untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan bagi mencari mangsa yang terselamat untuk dibawa ke pusat perlindungan sementara.

Pasukan penyelamat telah menjumpai beberapa mangsa yang terkorban selepas memeriksa beberapa kawasan yang terlibat.

Namun apa yang lebih menyayat hati adalah mereka menemukan mayat ibu dan anak yang sedang berpelukan.

“Ketika kami melakukan pemeriksaan, kami menemukan mayat ibu dan anak saling berpelukan di Curah Kobokan.”

“Kami juga menemukan sejumlah mayat bertindihan antara satu sama lain di dalam sebuah trak.” – Kata David seorang sukarelawan.

Bagaimana pun, jumlah sebenar yang terkorban masih tidak dapat dipastikan setakat ini memandangkan ada jenazah yang masih belum boleh dikeluarkan oleh kerana lahar yang masih panas dan lumpur yang tebal menyebabkan kenderaan berat tidak dapat masuk ke kawasan tersebut.

Antara komen warga maya selepas mengetahui hal tersebut:

Sama-sama kita doakan agar segala urusan penduduk disana dipermudahkan dan kembali kepada keadaan yang sedia kala.

Dalam masa yang sama, kami di YOY Network menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh mangsa yang terkorban akibat letusan gunung berapi Semeru. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah (dibaca)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.