Connect with us

Selebriti

Menyesal Dengan Kesilapan Lalu, PU Abu Akui Sebak Dengan Kesetiaan Isteri

Terdahulu, pendakwah bebas PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi dan menjadi bualan hangat netizen di platform media sosial apabila menceriakan isterinya ketika sedang sarat hamil anak pertama.

Malah dia juga telah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan yang dikenali sebagai Hana Azraa namun sudah berpisah setahun selepas itu.

Iospital phone repair gombak

Terbaharu, bekas peserta program Pencetus Ummah ini telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagramnnya beserta coretan istimewa buat isteri, Ain Afini.

Menerusi posting tersebut, memaparkan foto mereka sekeluarga dan di ruangan kapsyen PU Abu menyifatkan isterinya itu seorang yang sentiasa meredhai segala keputusan yang dibuat olehnya selama ini.

Meskipun begitu, Ain tetap menjaga aib dan maruahnya sebagai suami dan tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki.

Bukan itu sahaja, PU Abu juga memberi bayangan bakal menerima cahaya mata awal tahun hadapan.

“Moga Allah jaga keluarga kecil kami ini, bila teringat likunya rasa sebak. Lebih2 lagi wanita hebat ada di samping saya ni. Sabarnya persis arwah ummi.”

“Wanita biasa mungkin angkat kaki dah, tapi dia masih ada disamping tak kira apa pun. Meredhai segala keputusan si suami. Biar dibelakangi berkali-kali, tapi masih tetap menjaga maruah, tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana lelaki. Benarlah kata hukama’ ingin mencari isteri solehah, carilah ibu yg terbaik buat anak2 mu…”

“ InshaAllah next year, Januari 2023 pendatang baru menyelit…” tulisnya

Di Instagram Story pula, pendakwah bebas yang berusia 28 tahun ini turut memohon maaf kepada isterinya di atas semua kesalahan yang dilakukan dan mengatakan menyayangi seseorang yang menyayangi kita itu merupakan perkara luar biasa.

Dalam pada masa yang sama, PU Abu juga memuji isterinya itu seorang yang cantik dan comel serta tidak pandai ‘jual diri’ malah dia mengatakan banyak kelebihan yang ada pada Ain seperti pandai memasak, pandai melayan orang tua, pandai mendidik anak-anak.

 


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi tentang perkongsian tersebut. Ada yang turut meluahkan rasa syukur serta menasihati PU Abu agar menjaga isterinya sebaik mungkin dan jangan pernah menyakiti hatinya.

Malah mereka juga sempat memberikan kata-kata positif buat PU Abu agar menjadikan perkara lalu sebagai pengajaran serta mendoakan perkahwinan pasangan ini kekal hingga ke Jannah.

Antara komen warga maya:

“Jaga ain baik2, cukup2 la sakiti hati wanita. Smoga yg lps jdkan pngajaran. Bina cinta dan hati yang baru. Ain sgt limited ..”

“Tak mengapa.yg lepas jadikan pengajaran.semua hambaNya diuji.semoga Allah merahmati keluarga ustaz…”

“Masyaallah tolonglah syg & hargai umi sebab dia mmg terlalu baik. Semoga terus bahagia…”


“Sebaknya… kuatnya Ain saya tak mampu dah hargailah Ain tau abu … semoga jodoh kalian berpanjangan hingga syurga”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abu Adam (@_sufyanmokhtar)

Continue Reading
Advertisement