Connect with us

Selebriti

Menyesal Kahwin Dengan Ally Iskandar? Ini Respon Farah Lee

Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee akui tidak pernah menyesal berkahwin sebelum ini walaupun perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama.

Farah memberitahu Ally seorang bapa yang baik dan bertangungjawab kepada anak mereka, Maream Esabell, 4, sehingga kini.

Malah Farah gembira hubungan mereka masih baik walaupun sudah berpisah kerana lebih selesa berkawan.

“Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.?
A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua.. Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha

“Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.?

“Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ,” tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar Farah dipertemukan jodoh  segera supaya Maream menerima kasih sayang seorang ayah.

Ally dan Farah bernikah pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel, 4.

 

View this post on Instagram

 

. Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.? A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua 🙈 Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha 😂😂😂 . Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.? 😌 . Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik 🙄 Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai 😆 . #mareamesabel #ommaream #mareamdaddy

A post shared by F. L. (@farahlee_) on

“Alangkah Indahnya Kalau Daddy & Omma Bersatu Kembali” 

Sebelum ini, perkongsian foto throwback hari jadi anak pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee, Maream Esabel mencetuskan rasa gembira bagi netizen.

Mana tidaknya, rata-ratanya mendoakan agar pasangan yang telah bercerai pada Ogos 2016 itu kembali bersatu.

“Alangkah indahnya kalau Omma dan Daddy bersatu kembali,” tulis @hafida_hamzah.

“Semoga hubungan Akak dan Abang Ally berakhir dengan kebahagiaan bersama. Tak salah kan mencuba bina hubungan buat kali kedua,” tambah @mummy_hoo.

Malah, ada yang memuji sikap profesionalisme Ally dan Farah yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Maream yang sedang membesar.

Farah kini berhijrah ke United Kingdom untuk menyambung pelajarannya peringkat sarjana.

Dibawa bersamanya, Maream yang kini memasuki usia empat tahun.

Dalam perkongsian throwback foto hari jadi Maream keempat baru-baru ini, Farah menulis kapsyen seakan-akan memberi bayangan masing-masing sudah berpunya.

“Mungkin kami tidak berdaya membagi kami keluarga yang sempurna, tapi kasih Maream, akan sentiasa Omma dan Daddy sempurnakan.

“Mana tahu kot-kot terlebih nanti, bila Maream ada Omma dan Daddy kuasa dua,” tulisnya bersama hashtag #DaddyBaru, #OmmaBaru, #DiaBolehExtraEmpatOmma dan #CukupKorumDaddy.

Sumber: Gempak

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Menyesal Kahwin Dengan Ally Iskandar? Ini Respon Farah Lee | aiskepal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.