Connect with us

Viral

Merajuk Sebab Dapat Tempat Kedua, Gelagat Comel Budak Perempuan Ini Buat Ramai Terhibur

Bagi melihat anak terus aktif dan mindanya kekal berkembang, pastinya sebagai ibu bapa kita akan mendaftarkan nama anak untuk sebarang pertandingan dan acara yang membina.

Salah satunya adalah seni mempertahankan diri seperti taekwondo, silat, muay thai, karate dan banyak lagi. Secara tidak langsung anak dapat mempelajari bagaimana teknik sekiranya berdepan dengan musuh.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan kelihatan sedang merajuk kerana tidak mendapat tempat yang pertama dalam satu pertandingan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @farahbelladaud, adik ini mendapat tempat kedua namun tetap merajuk kerana tidak menjuarai pertandingan tersebut.

Malah apa yang lebih melucukan adalah dia tidak mahu mengambil pingat sewaktu sesi penyampaian hadiah sambil membuat mimik muka merajuk.


Tidak cukup dengan itu, dia juga ‘jealous’ melihat seorang lagi kanak-kanak yang menduduki tempat pertama. Budak perempuan tersebut juga berjalan sambil berpeluk tubuh seolah-olah tidak berpuas hati dengan kemenangan rakannya itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat comel budak perempuan tersebut dan ada juga yang mendoakan agar satu hari nanti dia menjadi ‘fighter’ yang berjaya.

“Usaha lagi ya adik, jangan merajuk-merajuk” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berseloroh agar tidak membawa perangai tersebut sehingga dewasa.

Antara komen warga maya:

“Alahaiii comel je perangai”

“Comel dia merajuk sebab dapat nombor 2”


“Jangan sampai besar ye adik.. btw adik tetap cute..”

 

“Dengar khabar dia merajuk sampai sekarang..”


Video yang tular di laman TikTok:

@farabelladaud Replying to @danielmering ♬ Tiba-tiba (Speed Up) – Quinn Salman

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M tontonan, 107.8K tanda suka, 3467 komen, 4270 simpanan dan 5003 perkongsian di applikasi TikTok.

Jadi bagi ibu bapa perlulah kita mengingatkan anak-anak dimana setiap pertandingan mempunyai adat menang dan kalah bahkan yang kalah tidak semestinya selamanya di bawah.

Continue Reading
Advertisement