Connect with us

Semasa

“Meraung tengok suami,” Maut Dihempap Besi Kren, Peniaga Kongsi Bakti Akhir Mangsa Buat Isterinya

Ketetapan hakiki, jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka kerana tiada siapa yang mampu menidakkan takdir Allah.

Terkadang pemergiannya itu tidak disangka-sangka dan cuma diberikan ‘hint’ sahaja sebeum menghembuskan nafas terakhir.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang warga asing telah menemui ajal akibat dihempap sebatang tiang besi sebuah kren di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kuchai Maju, Kuala Lumpur mengundang sebak ramai.

Satu bunyi dentuman yang kuat nyata membuatkan orang ramai terkejut dan kebetulan isteri kepada mangsa tersebut berada berhampiran lokasi meraung setelah melihat jasad suaminya yang kaku dan mengalami kecederaan yang serius.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa berusia 42 tahun itu sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

“Siasatan dijalankan secara telus tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kemalangan ini.” ujarnya lagi

Difahamkan, siasatan awal mendapati tiang besi tersebut telah diturunkan ke tanah. Namun begitu, ia tidak stabil lalu menghempap lelaki berusia 42 tahun berkenaan.

Bercerita lanjut, seorang peniaga kecil berlari ke arah sang isteri ekoran terdengar jeritan seorang wanita.

Peniaga tersebut yang lebih dikenali sebagai Puan Zainul Saian berkata pekerja Indonesia terbabit rupanya sempat membeli makanan buat dirinya dan isteri.

Dalam masa yang sama, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang menyiasat punca kejadian.

JKKP menjelaskan kejadian itu berlaku ketika pekerja terbabit sedang menjalankan kerja-kerja merombak komponen kren menara.

“Kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja selesai melepaskan ikatan ‘chain sling’ pada mast kren menara yang dirombak setelah diletakkan di permukaan tanah.”

“Bagaimanapun, ia tumbang dan menimpa mangsa,” katanya.

Jabatan itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang bertanggungjawab jika didapati berlaku pelanggaran bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.

“JKKP amat memandang serius setiap kemalangan yang melibatkan pekerja mahupun orang awam,” katanya.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja, membuat analisis risiko dan mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja.”

Video mengenai isu terbabit:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak mendengar keterangan saksi mengenai tragedi hitam yang terjadi.

Dalam masa yang sama, para netizen juga berasa sedih kerana pasangan suami isteri tersebut merantau jauh demi mencari rezeki namun menemui ajal di negara orang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.