Berat mata memandang, tak seberat bahu yang memikul. Begitulah peribahasa yang sesuai digambarkan untuk seorang wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Lagi-lagi mereka yang bekerja bersendirian, mencari rezeki sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil. Tambahan pula di luar sana banyak saingannya.
Begitulah nasib seorang rider GrabFood yang terpaksa berdepan esukaran dengan bebanan hutang sehingga membuatkannya menitis air mata.
Video tular yang menyentuh hati ramai di TikTok itu memaparkan seorang ibu tunggal bernama Siti Norol Salwani Ismail. Menurutnya, dia didatangi seorang individu.
Jelas ibu tunggal ini, motosikal yang dibawanya untuk membuat penghantaran makanan sejak lebih setahun bakal ditarik kerana gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan.
Ibu muda berusia 28 tahun itu berkata, dia kini menetap di Kuala Lumpur bersama anak lelaki berumur sembilan tahun dan adik perempuan yang mengalami masalah kesihatan.
“Keadaan kesihatan adik tidak mengizinkannyan untuk bekerja. Saya menjadi ibu tunggal sejak anak masih dalam kandungan.
“Sebenarnya saya terkejut, tak sangka video luahan tu jadi viral. Saya hanya berkongsi kesedihan sebab sangat terdesak, tapi bukan mahu meraih simpati,” ujarnya.
Mesra disapa Wanie, dia mengaku terkejut apabila mengetahui tunggakan bayaran ansuran untuk motosikalnya berjumlah kira-kira RM2,000.
“Saya bukan tak bayar langsung, tapi bayar kurang daripada jumlah yang sepatutnya setiap bulan. Selain itu, saya ada juga tunggakan sewa rumah kira-kira RM1,000.
“Syukur tuan rumah faham keadaan saya, dan saya masih dapat bayar sikit walau tak banyak,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur dengan kadar sewa RM800 sebulan.
Dengan bebanan hutang termasuk bil elektrik sebanyak RM400, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu tidak mempunyai pilihan selain merayu agar motosikalnya tidak ditarik.
“Saya cakap dengan orang tu bahawa motosikal ini adalah satu-satunya kenderaan untuk saya buat kerja, cari rezeki. Bukan saya nak meraih simpati, tapi saya benar-benar tak mampu.
“Kadang-kadang, adik dan anak dapat makan nasi dengan telur goreng bersama kicap. Saya tak makan tak apa, asalkan mereka makan di rumah.
“Nak beli beras dan telur pun tak mampu, saya berhutang dengan kedai runcit dekat rumah,” katanya yang pernah keluar bekerja seawal 8 pagi hingga 10 malam.
Menurut anak kelima daripada 10 beradik itu, dia mengakui bukan semua memahami kesusahan yang dialaminya hanya kerana dia bekerja sebagai penghantar makanan.
“Orang luar tak tahu keadaan saya, yang tahu pun hanya rakan-rakan terdekat. Kalau ada yang nak tolong, saya terima sebab sekarang pun keadaan terdesak.
“Saya pernah keluar bekerja cuma bawa duit syiling, cukupkan RM5 hanya untuk isi minyak motor. Selepas tu saya tunggu cash out daripada kerja delivery yang saya buat,” katanya sambil menambah kebiasaannya makan roti atau ihsan rakan sekerja ketika bertugas.
Enggan dianggap meraih simpati, Wanie yang mula menerima bantuan Baitulmal sebanyak RM400 sebulan berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan dengan berniaga makanan.
“Saya pernah berniaga daging harimau menangis pada 2021 dan bertahan selama setahun je sebab tak cukup modal.
“Kalau ada modal atau offer untuk saya berniaga makanan, insyaAllah saya terima. Apapun, terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan hanya Allah yang dapat membantu membalas kebaikan anda semua,” katanya.
Video yang tular di laman TikTok
@wanie_kelatekisah hari nie dgn keadaan selsema xsihat bt juga grab tiba2 ada yg dtg nk tarik motor dia kata 3 bulan dh xbyr mmg ada tunggakkan bulan2 byr juga 100 150 mcm tu bulan nie je xbyar lagi dia kata sy bt keje sy je nk x nk kena tarik motor nie, terus ckp ng dia klau awk tarik sy nk keje mcm mne nk cari duit bt byar smua tunggakkan tu dgn anak kt rmah lagi nk mkn apa? bkn xbyr trus cuma xbyr penuh je bincang2 dia kata xpe la sy lepaskan tapi klau org lain yg tahan sy xthu la mcm mne pstu dia minta duit kopi terus terang ckp ada dlm beg rm3 je…dia pon gerak terus…. entah la mcm mne nk bt lagi nk settle kn smua tu duit nk mkn lagi bru je lepas byar rmah bnda lain lagi dtg kalau ada duit 6k trus boleh settle duit motor tapi tu la nk cari untk 3 bulan pon susah♬ original sound – ~bunga_larangan~