Seringkali golongan banduan dipandang hina oleh masyarakat sehinggakan ramai yang terlupa bahawa setiap orang tidak lari daripada kesilapan malah di dalam dunia ini tiada seseorang pun yang sempurna.
Jadi janganlah kita mudah menghukum seseorang kerana ramai dikalangan banduan yang akhirnya bertaubat malah pengakhiran mereka juga dalam keadaan yang baik walaupun pada awalnya melakukan kesilapan.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana sekumpulan banduan di penjara diberi peluang untuk menonton perlawanan bola sepak piala dunia telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @gust14r, kelihatan mereka berkumpul untuk menonton perlawanan boleh sepak menerusi sebuah laptop.
Namun siapa sangka, rupa-rupanya laptop tersebut milik warden penjara yang tidak kisah untuk berkongsi dengan mereka atas dasar kasih sayang sesama manusia.
“Pentingnya memanusiakan manusia,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu dengan sikap warden yang baik hati dan penyayang antara sesama insan itu.
“Mereka juga manusia. Tiada apa membezakan dgn kita ini. Cuma mereka ada salah dalam dunia sementara. Respect you sir” – Netizen
Bukan itu sahaja, netizen juga sebak melihat keadaan banduan dan akui tidak semua daripada mereka jahat kerana ada diantara tahanan yang difitnah.
Antara komen warga maya:
“InsyaAllah nanti keluar diorang akan tolong balik caye la”
“Tak semua yang jadi tahanan ni jahat, ada je yang kena fitnah, proud of you bro”
“Respect.. tetaplah berbuat baik tanpa bosan”
“Saya sebagai manusia hanya kagum pada manusia yang memanusiakan manusia”
“Terima kasih orang baik, semoga murah rezeki dan sihat selalu”
“Sangat luar biasa.. mulia sekali hati abang..”
“Membuat orang bahagia juga dapat pahala..”
Video yang tular di laman TikTok:
Sebak pula tengok kehidupan mereka dekat sana, apa-apa pun terima kasih orang baik kerana memberikan mereka seidkit hiburan, sekurang-kurangnya hilanglah sedikit kekosongan mereka.