Connect with us

Viral

“Meriah gila” Stadium Jadi Kolam, Gelagat Lelaki ‘Berkubang’ Dalam Air Buat Netizen Terhibur

Pemainan bola sepak merupakan sukan yang paling ramai peminatnya malah bilangan yang turun menyokong di stadium juga bukan ‘biasa-biasa’.

Pun begitu, hujan lebat pada bulan lalu nyata membuatkan air bertakung di salah sebuah stadium. Selain fasiliti yang agak mengecewakan, orang ramai juga terkilan kerana ianya berlaku sewaktu perlawanan bertemu dengan pasukan luar.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah video dimana beberapa lelaki sedang berseronok bermain air yang bertakung di tempat duduk penonton di dalam stadium mencuri perhatian ramai.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan paras air yang bertakung sangat tinggi sehingga dapat tenggelamkan kerusi yang ada di stadium.

Dapat kita lihat pelbagai aksi yang dilakukan malah lelaki tersebut juga menjadikan stadium yang bertakung air itu seperti kolam renang.

Tidak cukup dengan itu, rakan-rakannya yang berada disekitar juga bersorak melihat salah seorag daripada merek masuk ke dalam air malah ‘enjoy’ dengan momen itu.

Lihat lah gelagat lucu mereka, tak dapat bermain air di taman tema, bermain air di stadium pun jadi lah!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur dengan telatah mereka malah ada yang seronok melihat mereka berkubang dalam air yang bertakung.

Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan balik rumah pasti akan dibebel oleh si isteri kerana main hujan.

Antara komen warga maya:

“Meriah gila kat stadium ada kolam renang haha”

“Hahaha boleh ambik lesen diving sini hehe”


“Tak apa biar jadi stadium macam ni, bukan senang nak boleh berkubang macam tu..Syokk oo”

“Hahaha bestnya boleh renang2”

“Balik balik kena marah bini”

Video yang tular di laman TikTok:

@samsulwaghih #negerisembilan vs Terengganu #swingmingpool ♬ bunyi asal – SamsulWaghih

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.