Perbalahan antara keluarga bukanlah suatu yang asing bagi kita. Kadang-kadang perbalahan terjadi disebabkan tiada persefahaman di antara ahli keluarga tersebut.
Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Walaupun bergaduh teruk, akhirnya akan berbaik jua.
17 Mac lalu tular kisah di mana ibu mertua dan menantu perempuannya bergaduh mulut akibat menantunya gagal mencari tempat tinggal sendiri.
Menurut sumber Noodou, kejadian dipercayai berlaku di Pulau Pinang. Video kejadian dirakam oleh menantunya sendiri dan dimuat naik di Facebook.
Video memaparkan si ibu mertua bertindak agresif sehingga memegang sebilah pisau di tangannya.
Sambil itu, dia melemparkan semua barangan menantunya itu ke luar rumah sebelum membaling pisau ke arah menantunya.
Menurut si menantu, semuanya bermula dengan pertengkaran dengan ibu mertuanya yang berkeras menyuruhnya berpindah walaupun belum mempunyai tempat tinggal baharu.
Ibu mertua kemudian memutuskan untuk mengejar wanita itu dengan pisau.
Mereka terus menjerit dan bertengkar sesama sendiri walaupun dua orang anak kecil menangis meminta supaya mereka berhenti.
Akhirnya, saudara-mara ibu mertua itu muncul dan mereka bergelut dengan wanita tua itu dalam usaha untuk membawanya pergi dari situ.
Mereka berjaya memasukkan ibu mertua ke dalam kereta sementara ibu mertua dan wanita itu masih bertengkar sesama sendiri.
Kelihatan ibu mertua menjerit dan cuba menendang untuk keluar dari kereta.
Video yang tular di laman Facebook
Rata-rata yang melihat video tersebut bersimpati dengan nasib kanak-kanak yang terpaksa melalui situasi tersebut sambil menangis ketakutan.