Seperti yang kita tahu, bekas pengacara sebuah rancangan hangat di Astro, Meletop iaitu Neelofa sedang sarat mengandungkan anak pertamanya bersama PU Riz.
Biasalah wanita mengandung, si suami mestilah ingin memberikan yang terbaik untuk si ibu dan bayi di dalam kandungan. Si bapa sanggup berbuat apa sahaja demi menjaga isteri dan bayi.
Walaupun sudah berbadan dua dan mengalami perubahan fizikal, hal itu bukanlah menjadi satu penghalang buat Neelofa dan PU Riz untuk tidak aktif di media sosial.
Mereka berdua kelihatan sering membuat sesi Live di Instagram membicarakan soal dakwah. Sambutan yang diterima juga luar biasa sehingga mencecah seramai 6000 penonton!
Seorang daripada wargamaya yang join dalam sesi Live mereka berdua tersebut walau bagaimana pun sempat merakam beberapa momen-momen manis mereka yang boleh membuatkan ramai cemburu dan rasa ingin kahwin cepat!
Pengguna TikTok iaitu @ainunumirah___ sempat membuat screen record dan berkongsi beberapa video menerusi Live mereka ke akaun TikTok miliknya.
Video tersebut memaparkan PU Riz sedang mengalunkan lafaz zikir dengan menggunakan buku zikir lalu tiba-tiba bayi yang dikandung isterinya itu turut menendang seolah-olah gemar mendengar bapanya berzikir.
Neelofa juga kelihatan beberapa kali memegang dan mengusap perutnya sambil terpejam mata akibat menahan tendangan bayinya itu. PU Riz yang terkejut melihat fenomena tersebut terhenti membaca zikir dan sempat menanyakan mengapa kepada Neelofa sebelum meneruskan semula bacaan zikirnya itu tadi.
“Baby tendang-tendang mesti baby suka dengar suara bapak dia tengah baca zikir tu kan”
Video berdurasi 36 saat itu hampir mencecah 1 juta kali tontonan iaitu 864.8 ribu tontonan! Diikuti dengan 73.5 ribu tanda suka.
Video yang tular di TikTok
Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan Neelofa serta kandungannya. Ada juga segelintir kaum ibu yang melihat babak-babak indah tersebut tiba-tiba berasa rindu untuk merasakan semula tendangan bayi di dalam perut mereka.
Berikut antara komen-komen daripada wargamaya di TikTok
“Klu tgh sarat baby tendang mmg sakit”
“Rindunya baby tendang 🥰🥰🥰”
“Alhamdulillah baby listening zikir ayah dia then baby kicking. semoga baby jadi anak soleh dan solehah inshallah. aamiin 🥰”