Majlis perkahwinan merupakan perkara yang indah dan membawa memori yang manis di mana sebuah pasangan disatukan menjadi suami isteri.
Memori indah sememangnya tidak ada tarikh luput, sudah tentu setiap pasangan pengantin menginginkan sesuatu yang luar biasa pada hari persandingan mereka.
Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana kakak kepada bakal pengantin ini ‘request’ kepada wedding planner untuk pelamin yang kelihatan mewah ala-ala hotel buat adiknya.
Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa orang sedang bekerja memasang pelamin di sebuah rumah.
Tambah pelanggan tersebut, dia juga menginginkan warna yang lembut dan nampak elegant seperti warna pastel namun dari segi kreativiti susun atur dan design terserah kepada wedding planner itu sendiri.
“yang penting saya nak pelamin adik saya nampak mewah macam dalam hotel, walau pun buat dekat rumah kampung, warna pun akak nak awak buat warna pastel-pastel je.. semua akak serah kat awak nak buat macam mana” kata pelanggan.
Namun apa yang membuatkan warga netizen terkejut adalah, hasil kerja mereka begitu cantik dan tliti.
Siapa sangka rumah yang hanya berlatar belakang dinding hijau itu berubah persis seperti hotel yang mewah.
Video yang tular di TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 5.1M tontonan, 659.9K tanda suka, 8617 komen dan 14.0K perkongsian di TikTok.
Meninjau di runagan komen, rata-rata netizen kagum dengan hasil kerja ‘wedding planner’ ini dan ada juga yang menyimpan hasrat untuk memiliki pelamin secantik itu pada hari bahagia mereka kelak.
“Lawa giler.. betul-betul macam dekat hotel”
“Peh dah macam pelamin level Neelofa!!!”
“jangan delete bang, 20 tahun akan datang saya datang balik”
“WOWWWWW LAWA GILAAAAA!!!!”