Connect with us

Selebriti

Minta Izin Isteri Beli Motor Dituduh Dayus, Ini Jawapan Siti Sarah

Dalam alam rumahtangga hormat menghormati sangat diperlukan untuk mendapatkan mahligai yang bahagia. Saling bertukar pendapat, sepakat dalam membuat keputusan dan hormat menghormati satu sama lain.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan rumah tangga mereka, jadi tidak perlulah kita mempertikaian keputusan yang mereka telah putuskan.

Berbincang sebelum membuat keputusan, meminta pendapat pasangan dan izin adalah perkara biasa dalam rumah tangga kerana isteri adalah sahabat karib suami selepas berkahwin.

Tular satu kisah mengenai pelakon, pengacara dan pelawak Shahmira bin Muhamad atau lebih dikenali dengan Shuib dan isteri Siti Sarah Raissuddin mengenai rumah tangga mereka.

Shuib sebelum ini dikatakan berbincang dan meminta izin dari isterinya untuk membeli sebuah motosikal impiannya.

Namun, ada netizen yang menyelar Shuib sebagai seorang suami yang dayus kerana meminta izin isteri untuk membeli barang.

Shuib berkongsi kegembiraan apabila berjaya memiliki moto impiannya. Menerusi laman Instagramnya, Shuib berjaya memujuk Siti Sarah untuk membenarkannya memiliki moto tersebut.

Namun begitu, terdapat satu komen negatif yang ditinggalkan oleh netizen sehingga merasakan Shuib Dayus.

“Tak sangka pulak citer mintak izin isteri utk beli motor jadi isu yg besar. Yg peliknya, ramai lelaki meganggap berterus terang dgn isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yg dayus…

“Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yg baik dan bertanggungjawab walhal dia boleh beli lebih dari moto tanpa bertanya pun pada saya.

“Yang saya tak faham, lelaki2 ni menganggap menipu isteri tu lebih berani dari berterus terang yg dianggap dayus.

“Ya Allah, ampunilah dosa2 mereka sekiranya kata2 mereka meyakiti suami ku… Amin”

Menerusi laman sosial Instagram Siti Sarah memuat naik satu post berkenaan isu tersebut. Beliau bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab seperti Shuib.

Ujar Siti Sarah lagi, Shuib boleh sahaja membeli motosikal tersebut tanpa perlu bertanya kepadanya tetapi atas rasa tanggungjawab Shuib memberitahunya.

Asam garam hidup suami isteri, berbincang merupakan sesuatu yang baik sebelum  kita membuat sesuatu keputusan samada suami mahupun isteri perlu berbincang. Ini kerana setiap tindakan dari pasangan kita mempengaruhi masa hadapan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.