Dah banyak dapat kita tengok restoran-restoran yang menggunakan khidmat robot sebagai penghantar makanan. Selain dapat mengehadkan penularan wabak C19, penggunaan robot ini juga dapat menampung lebih banyak hidangan berbanding tangan manusia.
Oleh itu, jimat masa lah dekat situ. Tapi, tak semua kedai tau mampu beli robot ni. Jadi agak-agaknya inisiatif apa yang diambil oleh pemilik restoran lain ya?
Baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan seorang pelayan lelaki di Konda Kondi Cafe menggunakan skateboard untuk menghantar makanan kepada pelanggan.
Warganet kagum melihat kelincahannya meluncur sambil membawa makanan dari satu tempat ke satu sempat. Bukan satu pinggan je tau, tetapi dua sekaligus!
Melihat dari gayanya, pasti dia seorang yang mahir dalam bermain skateboard kerana dapat menghantar hidangan berkenaan tanpa terjatuh atau tertumpah.
“Modal keras beli robot bang. Function juga pakai skateboard ni,” tulis pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, walaupun dia berjaya melakukan penghantaran makanan kepada pelanggan dengan sempurna pada permulaannya, pada hujung video pelayan itu dilihat ‘tewas’ ketika cuba untuk menghantar air akibat hilang kestabilan.
Pun begitu, pujian harus diberikan kepadanya kerana berani mencuba untuk menjadi lain daripada yang lain dengan menggunakan bakat yang ada.
Sejak video oleh @kondakondicafe ini dimuat naik semalam, jumlah tontonannya berjaya mencecah sehingga 623.4 ribu serta meraih sebanyak 31.3 ribu tanda suka!
Ketika meneropong ke ruangan komen, ramai yang kagum melihat skills hebat lelaki ini yang mampu membawa makanan sambil berada di atas skateboard tanpa terjatuh.
Bagaimanapun tak kurang juga yang berseloroh seperti tersuap makanan kepada customer, perjalanan makanan yang jauh, terjatuh dan sebagainya.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok
“benda ni style sehinggalah abang ni jatuh 😅”
“Salah break terus suap makanan utk customer ahahahahH”
“Only in Ohio ❎ only in ipoh ✅”
“Handal gila abam ni salute”
Video yang tular di laman TikTok