Ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, pelbagai bantuan disalurkan kepada barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus menjaga keamanan negara.
Antara individu yang prihatin dengan keadaan semasa ketika ini adalah Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang dilihat turut sama-sama turun padang.
Namun begitu, ada juga pihak yang tidak menyenangi tindakan beliau apabila ada yang melontarkan ketidakselesaan mereka menerusi media sosial.
Mohon maaf jika tindakan beliau tidak disenangi
Ekoran itu, Ebit Lew menjawab hal tersebut dan turut memohon maaf andai ada pihak yang tidak menyenangi tindakan beliau.
Namun begitu, beliau tidak berkecil hati dan faham kerana setiap orang bebas melontarkan pendapat masing-masing.
Posting berkenaan turut mendapat perhatian orang ramai dan pelbagai reaksi yang positif ditinggalkan diruang komen.
Borong barang runcit untuk golongan yang memerlukan
Walaupun begitu, Ebit Lew tetap meneruskan kerja dakwahnya. Kali ini beliau ingin mengagihkan barangan runcit kepada masyarakat setempat yang memerlukan bantuan.
Beliau juga turut menggunakan khidmat grab dan juga runner bagi mengagihkan barangan tersebut.
Barangan runcit diedarkan kepada asnaf tidak kira agama dan bangsa
Selain itu, beliau juga turut terkesan apabila ada asnaf yang tidak mempunyai bekalan makanan ketika ini.
Ekoran dari itu, beliau ketika ini sedang dalam usaha untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.
“Bangun pagi ini terus list barang nak beli untuk asnaf dan yang memerlukan. Tak kira bangsa dan agama”.
“Keperluan asas. Dulu saya selalu tak makan. Doa nak makan. Ya Allah lapar tolonglah saya”.
Menurut beliau lagi, memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan melahirkan rasa bahagia dalam dirinya kerana dapat sama-sama berkongsi rezeki dengan yang lain.
“Allah beri rezeki. Hari ini waktu covid 19 ramai orang susah dah habis keperluan harian pun”.
“Ya Allah bahagia rasa selesai membeli keperluan asas untuk asnaf dan yang memerlukan”, ujar beliau lagi.
Tambahnya pula, ketika ini beliau tidak mempunyai staf. Namun begitu, ramai anak-anak muda yang datang secara sukarela memberikan bantuan mengangkat barangan tersebut.
Terima kasih Ustaz meringankan beban rakyat
Perkongsian itu turut mendapat reaksi orang ramai. Netizen turut berterima kasih kerana Ustaz Ebit Lew sanggup turut padang dan membantu golongan yang memerlukan.
Ramai yang turut mendoakan semoga Ustaz Ebit Lew diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.