Connect with us

Viral

‘Mowgli Malaysia’ Mohd Syukur Masuk Kecemasan Jatuh Kerbau

Mohd Syukur Khamis, 14, dikejarkan ke Wad Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira 9 malam ini selepas terjatuh ketika bermain dengan kerbaunya, petang tadi lapor HMetro.

Mohd Syukur yang juga dikenali ‘Mowgli Malaysia’ dikatakan terjatuh ketika melompat dari belakang seekor kerbau untuk ke seekor kerbau lagi.

Sumber berkata, akibat insiden kira-kira 7 petang itu, Mohd Syukur termuntah sebanyak tiga kali sebelum dikejarkan ke HSNZ.

“Ketika ini dia sedang menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang kecederaan yang berlaku,” katanya malam ini.

Syukur sebelum ini menjadi terkenal gara-gara gambarnya bersama kerbau kesayangannya memenangi anugerah.

Sebelum ini, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan melahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Pdg, Midin, Kuala Terengganu.

Ucapan itu dizahirkannya susulan gambar pelajar itu bersama kerbau menarik perhatian dan memukau pandangan beliau.

Katanya, rasa kagum dan terpana ketika melihat gambar-gambar manusia dengan haiwan lebih-lebih lagi remaja dengan puluhan kerbau yang begitu akrab dan intim.

“Perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani,” katanya yang mengulas gambar viral seorang pelajar bersama kerbau, di media sos1al hari ini.

Katanya lagi, “sesungguhnya gambar yang bersifat kampungan dan ‘alami mengingatkan usul asal orang kampung dan desa bersamanya sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu,”.


Menurut beliau lagi, rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat.

“Sesungguhnya kehidupan dinilai dengan perasaan yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah sebagai tanda kebesaran ayat Tuhan dalam membina keluarga seperti yang termaktub dalam surah Ar-Rum ayat 21,” katanya.

Difahamkan gambar pelajar berkenaan itu diambil di Terengganu, kerbau-kerbau berkenaan merupakan kerbau peliharaan ayahnya.

Difahamkan jurufoto yg mengambil gambarnya telah memenangi 20 gambar terbaik dunia dan juara peringkat Asia.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.