Dalam hidup berumahtangga pastinya akan ada fasa yang mencabar dan kita tidak dapat mengagak apakah ujian dan cabaran yang bakal dilalui bersama pasangan hidup kita.
Biasanya, masalah rumahtangga yang kerap terjadi adalah ‘orang ketiga’, isteri atau suami telah tawar hati dan kesibukan di tempat kerja.
Buat para isteri, jangan cepat melatah sekiranya suami mula menunjukkan perubahan sikap.
Di dalam satu perkongsian oleh saudara Mohd Fhais, sebenarnya untuk membuat suami mudah dengar kata isteri adalah tidak susah, hanya buat 5 perkara ini saja:
Ini 5 Rahsia Buat Suami Mudah Dengar Kata
Suami selalu keluar malam, lepak kedai mamak dengan member, keluar rumah tak pelawa isteri pun. Sekali buat ok, dua kali berulang ok tapi kalau banyak kali terasa juga, lebih-lebih lagi isteri berhati “sponge” mudah rasa kecil hati.
Ini 5 rahsia yang semua isteri boleh amalkan supaya suami mudah lembut hati dan dengar kata, insyaAllah mujarab :
1. Jaga makan suami
Nak suami mudah dengar kata jangan bagi makanan sebarangan masuk ikut mulut.
Bila suami dah terlalu biasa makan di luar nanti makan di rumah rasa pahit dan tawar walaupun sekadar minun air putih.
Sebaiknya isteri masak untuk suami dan makan di rumah sambil suap menyuap baru mood honeymoon tu sentiasa segar.
Nescaya suami akan buka telinga seluas-luasnya untuk isteri bila perut dia dipenuhi kasih sayang.
2. Guna kata-kata lembut
Jangan sesekali keluar kata-kata kasar dengan suami walau marah macam mana sekali pun.
Sekali terlepas perkataan kasar akan menghasilkan selaput di telinga suami ibarat dinding yang menghalang suara isteri didengari.
Inilah punca suami dapat masalah pendengaran, lebih serius lagi suami boleh berjangkit pekak dari badak.
Jaga bahasa, jaga nada suara, jaga hati barulah suami sentiasa lembut hati.
3. Jangan keluar tanpa izin suami
Salah kalau keluar rumah tanpa izin suami, lebih salah lagi kalau menipu suami.
Lumrah lelaki mereka mahu di hormati, hormat suami barulah suami mudah hadam apa isteri cakap.
Hormat suami dapat pahala besar lagi, Untung betul ! Lebih best kalau keluar bersama suami, boleh luangkan masa dengan suami.
Rumahtangga ni ladang pahala, jika betul cara semai banyak pahala boleh di tuai nanti.
4. Berhias depan suami
Time nak pergi majlis kahwin ewah bukan main tebal lagi solek, kalah mak andam solek.
Sedar tak yang suami akan terasa jealous dan kecik hati bila nampak isteri sendiri “melawa” bukan untuk dia.
Kalau boleh tanya suami dulu, “boleh tak sayang solek macam ni?”, Barulah turun sedikit rasa jealous suami ni.
Tak salah berhias tapi sebaiknya betulkan niat berhias untuk jaga hati suami, jaga aib suami, jaga imej suami, jaga market suami.
Suami mana tak suka isteri yang lawa, tapi suami lebih sayang isteri yang nampak “lawa” di hati.
5. Tidak meminta-minta
Elakkan meminta-minta suami buat itu, beli ini, ambik sana, bawak sini apa sahaja perkara-perkara yang remeh.
Lagi di minta lagi susah mereka nak buat, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ini lumrah orang lelaki tak suka di arah arah.
Mereka suka pada yang pandai berdikari, tak runsingkan kepala mereka tapi masih boleh bermanja-manja.
Percayalah semakin kurang isteri meminta-minta semakin prihatin suami anda jadi. Tup-tup dapat bunga je masa ulang tahun nanti.
______
Suami yang hebat pasti ada isteri yang hebat membantu di belakang, tapi isteri yang hebat tidak suka menyusahkan suami.
Ambil hati suami, curi mata suami, jaga perut suami barulah telinga dia akan ikut je mana isteri pergi.