Connect with us

Viral

Muka Berubah Jadi Gelap Dan Hidung Kembang Semasa Mengandung, Netizen Salute Wanita Tabah Demi Lahirkan Anak

Bagi mana-mana wanita yang bergelar ibu, mengalami alahan ketika mengandung memang perkara biasa. Bezanya adalah teruk atau pun tidak sahaja.

Walau bagaimana pun, teruk atau tidak, setiap pengorbanan yang dibuat ibu demi melahirkan anak tercinta haruslah dihargai.

Sama seperti satu kisah yang dikongsikan oleh wanita bernama etashaa di TikTok apabila wajahnya mengalami perubahan secara drastik ketika mengandungkan anaknya.

Berdasarkan video yang dikongsi, wajah Etasha pada awalnya biasa sahaja. Namun lama kelamaan di tempoh kehamilannya, wajahnya berubah.

Jika ingin bercakap soal berat badan bertambah akibat perut yang semakin membesar, itu perkara biasa. Namun kulit muka Etasha menjadi kusam, tona lebih gelap dan hidungnya kembang seperti bengkak.

Itulah pengorbanannya untuk melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Naufal. Pun begitu, dia bersyukur kerana selamat melahirkan dan wajahnya turut kembali seperti asal.

Menurut seorang pengguna TikTok, alahan yang dialami Etasha dipanggil pregnancy edema (bengkak).

Dalam pada masa yang sama, dia berkata banyak melanin yang dihasilkan ketika mengandung. Oleh itu, kulit menjadi gelap atau tumbuh jeragat di mana ianya perubahan normal ketika mengandung.

Menjengah ke ruangan komen, ramai kaum ibu yang berkongsikan pengalaman mereka ketika mengandung selain memuji kecomelan bayi lelakinya itu.

Ada yang mengalami alahan yang sama manakala ada juga yang mengalami alahan yang lain.

Walau bagaimanapun Etasha dipuji atas pengorbanan dan kekuatannya sebagai seorang ibu dan isteri.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Sebab tu dia comel dia ambik seri mak dia rupanya😍”

“Pregnancy edema and masa pregnant melanin banyak. So kulit jadi gelap, some people ada jeragat. Common changes in pregnancy..”


“Sy mse pregnant pun hidung bengkak kembang habis 🤣 baby lahir hidung copy hidung sy 🤪”

“ye btul sy pregnt hbis hdung kembng bdn bintik2 hrp lps bersalin dpt la pulih😌”

“Yg aku masa mngandung muka makin pelowless, rasa tanak berhenti mngandung je 😫😭”

“Subhanallah kuat nya awak Ibu ! 🥺❤️”

“dia amik seri muka mamanya 🥰”

“sama do sy time pregnant buruk gila😌”

“Pengorbanan seorang ibu dan Isteri 🥺”

Setakat artikel ini ditulis, video tular yang dimuat naik beberapa hari lepas berjaya mencecah sehingga 1.3 juta tontonan serta mendapat 142.1 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@etashaaDemi seketul naufal 🥰♬ original sound – Alycha

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.