Connect with us

Viral

Muka Biru Lepas 5 Minit Terlungkup Dalam Kolam, Tindakan Pantas Beri CPR Selamatkan Nyawa Budak Lelaki

Isu lemas ini bukanlah satu perkara yang baru apatah lagi kebanyakkan daripada mereka adalah kanak-kanak yang masih kecil.
Iospital phone repair gombak
Sebab itulah kita sebagai ibu bapa sering diingatkan agar tidak mudah terleka apabila anak sedang bermain air seperti di pantai, sungai mahupun kolam renang.

Bahkan, ada juga kes lemas di dalam rumah sendiri dimana anak kecil bermain di dalam baldi yang dipenuhi air.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki ditemui terapung di kolam renang salah sebuah hotel di Johor mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, difahamkan situasi menjadi cemas apabila bibir dan keseluruhan muka kanak-kanak itu berubah kebiruan.

Bagaimanapun, kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam itu bernasib baik apabila ada seorang pemuda berbaju hitam dan isteri Shaz Liey cuba melakukan CPR.

Budak lelaki itu mula sedar hampir 15 minit kemudian setelah tindakan pantas tersebut dilakukan sebelum dibawa ke pusat perubatan yang terdekat.


“Kejadian depan mata.. dah 5 minit adik ni terapung terlungkup dalam kolam.. ayah dia pergi ke toilet jerk kejap.. angkat2 je dari kolam muka dan bibir dah kebiruan..”

“hampir 15 minit wife saya bantu buat CPR pada adik Adam ni.. Allahuakbar.. Allah panjangkan umur adik Adam ni.. dia mula sedar dan bantuan ambulan sampai 10 minit kemudian.” Ujarnya di ruangan kapsyen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan tindakan pantas yang dilakukan oleh pasangan ini sekaligus menghembus nafas lega apabila mengetahui budak lelaki itu selamat.

Bukan itu sahaja, netizen juga akui ilmu CPR sangatlah penting bahkan menegur ibu bapa untuk lebih memantau anak-anak ketika bermain air.

Antara komen warga maya:

“Tahniah dan syabas kepada mereka yang terlibat memberikan pertolongan cemas kepada yang memerlukan”

“Tahniah tuan sebab beri bantuan. Ilmu pengetahuan yang semua orang perlu tahu”


“Pentingnya ilmu CPR dan wasi anak jika nak kemana pun, minta lah sesiapa tolong tengokkan”


Video yang tular di laman Facebook:

Continue Reading
Advertisement