Connect with us

Kesihatan

Muka ‘Breakout’ Teruk, Wanita Ini Kongsi Cara Pulihkan Kulit Sebelum Majlis Perkahwinan

Wanita mana yang tak risau apabila kulit muka semakin teruk apatah lagi dah nak dekat dengan majlis perkahwinan.

Perasaan risau inilah yang dialami oleh gadis ini. Namun beliau sempat untuk memulihkan wajahnya sebelum hari persandingannya.

Bagaimana caranya? Mari kita ikuti perkongsian dari Wanie Noordin ini.

________

Hi semua, disebabkan ramai yang dm wanie lagi tanya macam mana muka wanie boleh okay balik.

So entry kalini wanie bagi hampa tengok gambaq gambaq time muka wanie breakout (sorry untuk gambar yang macam agak blurry, taktau pasaipa).

Okay entry kalini jugak wanie akan jawab soalan2 femes yang hampa selalu tanya, so sila baca.

Jangan lepaih ni ada yang dok dm lagi tanya benda yang sama. Rajin rajin sikit baca nah hampa.

1) Kat mana hampa buat treatment?

Km buat treatment dgn Doktor Meena dekat Klinik Doktor Fauzi, Alor Setar, berdepan dengan UTC Kedah. (tu ada gambaq Doktor Meena dengan km)

2) Apa nama treatment hampa buat? And kos?

Treatment tu kalau hampa google nama dia, Chemical Peeling Treatment and kos treatment kami RM 150. Tapi depends masalah skin.

Baca: Hanya Amal Green Tea, Wanita Ini Turun Berat Badan Dari 70kg ke 55kg dan Kulit Menjadi Flawless!

Tak semua harga sama and dapat treatment yang sama. Tapi kalau kat KL harga dia lain nah. Ni harga kat Kedah.

3) Berapa kali hampa buat treatment?

Kami buat dua kali ja, which is sekali sebulan. And total kos untuk muka kami okay dari JERAWAT okay jerawat bukan parut, RM 300.

4) Sakit dak time buat tu?

Mestila sakit sebab Doktor Meena sapukan acid dalam 35% untuk matikan semua jerawat dekat muka. Tapi takpa boleh tahan. Beauty is pain kan.

5) Berapa lama hampa ambil masa recover?

Okay, kami ambil masa untuk muka kami hilang semua jerawat, tu dalam masa dua bulan ja. Sebab lepas treatment yang kedua, muka kami dah clear dari semua jerawat.


6) Hampa pakai apa untuk bagi hilang parut?

Ha lepaih dua bulan, muka kami dah okay dari jerawat, cara nak hilangkan parut, kami pakai Cosmoderm Cream 3000 i.u. Mana nak dapat? Guardian ada jual.

7) Berapa lama parut hampa hilang?

Parut kami pudar pun dalam masa sebulan dah boleh nampak beza. Tapi make sure hampa semua kena CONSISTEN pakai cream tu siang and malam. Takda masalah.

8) Hampa pakai skincare apa time muka hampa tengah treatment?

Kami tak pakai apa2, kami memang cuci dengan ayaq suam ja muka, sebab time tu trauma lagi nak pakai apa2 skincare sampai la kami try Cosmoderm.

9) Cosmoderm Cream 3000 i.u tu yang mana satu? (Ni antara soalan femes)

Kalau hampa pi Guardian, packaging dia colour oren. Nak lebih tepat, hampa boleh google. @ Alor Setar

Continue Reading
Advertisement
1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Muka ‘Breakout’ Teruk, Wanita Ini Kongsi Cara Pulihkan Kulit Sebelum Majlis Perkahwinan – Info Tepat Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.