Terdapat pelbagai jenis juadah dijual di bazar Ramadhan yang boleh dijadikan sebagai juadah untuk berbua puasa.
Lebih-lebih lagi apabila disebut soal jenis-jenis air yang dijual, nampak sedap betul!
Baru-baru ini, tular satu kisah di mana gelagat seorang lelaki yang membeli air dari sebuah gerai telah meraih perhatian warga maya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @apisdauz di laman TikTok, seorang pelanggan ingin membeli air perisa keladi di sebuah bazar Ramadhan.
Pelanggan itu menyapa peniaga tersebut dan berseloroh dengan menyatakan ingin memberi ‘pesan’ dengan nada yang sangat tegas.
Dapat dilihat peniaga itu pula berasa cuak pada awalnya, lalu diekori dengan gelak tawa bersama dengan pelanggan itu.
Setelah air keladi itu dimasukkan ke dalam bekas, peniaga itu menyoal ingin digantungkan atau tidak bekas airnya itu.
“Gantung ke bang?” soalnya.
Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila pelanggan itu memberikan jawapan ‘ikat tepi’ dengan selamba sahaja, sedangkan waktu itu masih waktu berpuasa lagi.
Jawapan pelanggan itu membuatkan peniaga tersebut hanya melihatnya dengan penuh sinis dan seakan-akan ‘faham’ dengan jawapan itu.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah mencecah sebanyak 763.7K tontonan, 86.4K tanda suka, dan 1086 komen di laman sosial berkenaan.
Meinjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur melihat gelagat pelanggan dan peniaga itu sehingga ramai juga yang berseloroh mengenai situasi tersebut.
Antara komen netizen:
“hat pesan aq expect dah, ikat tepi yg aq x tahan🤣. reaksi penjual pun main peranan”
“dh pernah kene jugak … muka memang cuak habis😅last dia kata makanan yg aku masak tu sedap ಥ ‿ ಥ”
“pi pasar ramadan klang meru,lupa org tngh puasa,beli dan test mkn satu.separuh mkn dah bru ingat org berpuasa.apa lg tapau balik.termakan ye.sori🤦”
“mula² dh cuak bila tanya gantung ke cane kluar “ikat tepi’ auto terkejut 🤣🤣🤣🤣”
Video TikTok yang tular: