Pengorbanan barisan hadapan negara bertungkus lumus melawan penularan pandemik Covid-19 harus diberi pujian.
Ramai diantara mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu negara kembali pulih.
Walaupun ketika ini negara mencatatkan jangkitan yang tinggi setiap hari, namun barisan hadapan negara ketika ini harus diberi pujian kerana mereka tidak pernah berputus asa dalam usaha memutuskan rantaian wabak ini.
Pemandu ambulans meninggal dunia selepas hantar pesakit Covid-19
Memetik laporan Harian Metro, seorang pemandu ambulans telah dilaporkan meninggal dunia.
Mangsa dikatakan baru sahaja selesai menghantar pesakit Covid-19 dalam satu kejadian di Perak semalam dan disahkan negatif virus itu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hasil beberapa ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap pemandu berkenaan sebelum ini adalah negatif.
Pemandu ambulans ada sejarah penyakit lain dan dalam rawatan
“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan” ujar beliau.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian”.
KKM dalam usaha siasatan punca kematian sebenar
“Yang pasti, ada beberapa penyakit lain,” menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.
Pemandu ambulans masih memakai peralatan perlindungan diri (PPE)
Berita ini telah tular di media sosial sejak semalam pemandu ambulans itu meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit C0vid-19 ke sebuah hospital di Perak.
Selain itu, gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.
Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, pemandu tersebut dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri.
Sementara itu menerusi satu lagi perkongsian di ruangan Facebook VIRAL PERAK, beberapa keping gambar mengenai pemandu ambulans telah dimuat naik.
Jangan lupakan jasa frontliner kita
“Seorang pemandu ambulans dari Klinik Kesihatan Tronoh, tumbang selepas menghantar pesakit Covid-19 di Ipoh. Mungkin akibat terlalu letih”.
“Takziah kepada seisi keluarga. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat syurga indah untukmu. Innalillahwainnalillahirajiun, jangan lupakan jasa frontliner kita. Al-fatihah”.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan takziah kepada keluarga pemandu ambulans itu dan berterima kasih kepada barisan hadapan negara atas jasa mereka.
Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga keluarga diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.