Connect with us

Semasa

“Mulanya malu kerana comot..” Tak Putus Asa Hilang Kerja, Pramugari dan Pasangan Buat Khidmat ‘Car Detailing’

Sejak pandemik Covid-19 menular, semakin ramai khususnya rakyat Malaysia yang terkesan dari segi ekonomi.

Malah, ada juga yang kehilangan mata pencarian apabila diberhentikan kerja.

Begitu juga yang dihadapi pasangan Nazira Azenan dan suami Zareq Akhtar yang tidak lagi bertugas sebagai kru kabin syarikat penerbangan selepas kontrak mereka tidak disambung majikan.

Namun begitu, pasangan suami isteri berkenaan akur dengan ketentuan dan kini meneruskan hidup dengan menjalankan perkhidmatan mencantikkan kenderaan sejak awal Jun lalu.

Menerusi laporan Harian metro, Nazira memberitahu suaminya yang memberi idea untuk menjalankan perkhidmatan berkenaan dan dia sekadar mencuba dengan niat mencari rezeki selepas tidak lagi bekerja.

“Mulanya memang malu kerana berasa comot ketika bertemu dengan pelanggan, tetapi kini tidak lagi

“Kali terakhir saya bertugas sebagai pramugari adalah pada Ramadan lalu sebelum ditamatkan kontrak dan selepas itu, suami pula menerima nasib sama.

“Memang sedih, tetapi saya cuba terima kenyataan rezeki kami berdua hanya setakat itu saja.”

Pada mulanya Nazira cuba menjual tauhu begedil dan laksa utara namun kemudia beralih arah kepada perkhidmatan mencantikkan kereta.

“Sebagai permulaan, saya menjual tauhu begedil dan laksa utara, tetapi beralih kepada perkhidmatan mencantikkan kereta hasil cadangan daripada suami,”

Nazira memberitahu walaupun dia tiada asas dalam bidang berkenaan, suaminya yang banyak memberi tunjuk ajar berbekalkan kemahiran pernah dipelajarinya daripada seorang rakan.

Malah, Nazira dan suaminya turut menjadikan tutorial di YouTube sebagai rujukan dan mengakui sudah dapat membiasakan diri.

Kini, Nazira berkata, mereka sudah membuka kedai yang terletak di Taman Dutamas, Cheras di sini dan tidak lagi kekok.

Kisah Nazira dan suamnya itu mula tular apabila Khairul Ezuwan berkongsi kisah mereka di laman Facebook miliknya.

Kisah Inspirasi: Survival Seorang Pramugari

“Pendamik Covid-19 memang memberi impak yang sangat besar dalam banyak industri . Antara industri yang paling terkesan besar adalah industri Penerbangan.

“Semalam saya buat Ceramic Coating kereta wife , tempat ni dicadangkan oleh 2 orang kawan saya yang dah buat sebelum ni .

“Mereka kata service tu sangat murah berbanding market luar dan finishing yg kemas dan puas hati . Saya pon setuju nak hantar juga la semalam .

“Mereka siap bagi service ambil kereta di office lagi . Yang datang nak ambil kereta saya ni seorang lelaki & Wanita , mereka suami Isteri , saya jemput mereka ke office sekejap nak temuramah mereka .”

“Rupanya Kedua pasangan suami isteri ni adalah antara Pramugara & Pramugari yang kehilangan kerjaya mereka kesan dari Pendemik COVID-19 . Si Suami sudah 10 tahun flight , Si Isteri 4 tahun .

“Bila si suami yang Tukar kerjaya buat kerja ceramic coating ni saya tak kisah pon, tapi bila si Isteri turun padang sekali sama-sama sanggup buat kerja ni , ini yang saya nak highlight.

“Sebab selama ni ramai antara kita fikir Peramugari ni hanya pandai melawa , diva-diva, asyik kerja shopping . Biasa la kan , kita kan suka tengok drama . Haha. Realitinya mereka sanggup keluar buat kerja-kerja yang Kadang-kadang lelaki pon tak sanggup buat.”

Rata-rata netizen sangat kagum dengan kegigihan Nazira dan pasangannya. Bahkan, perkongsian tersebut menjadi inspirasi kepada semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.