Connect with us

Viral

“Mulianya hati awak dik” Pelajar Lelaki Suap Kawan OKU, Persahabatan Tulus Mereka Buat Ramai Tersentuh

Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini diuji dengan pelbagai cara.

Iospital phone repair gombak

Ada insan yang diuji dengan kemiskinan hidup, keluarga berpecah belah, dan ada yang diuji dengan kelainan fizikal.

Kita sebagai manusia yang prihatin, kita haruslah mengamalkan sifat tolong menolong dan bertolak ansur antara satu sama lain tidak kiralah walau latar belakang apa sekalipun seseorang itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Twitter mengenai seorang kanak-kanak sekolah rendah kelainan upaya (OKU) tangan disuap oleh rakannya kerana tidak dapat memegang makanan itu sendiri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ric_callmeric itu, pelajar lelaki itu setia memegang makanan corndog itu sambil menyuapkan kepada rakannya itu.

Dapat dilihat persahabatan mereka yang tulus ikhlas, kelihatan mereka sangat gembira sambil berbual bersama-sama.

“Mulianya hati awak dik. Terharu tengok awak bantu mudahkan kawan awak nak makan tu. Sangat istimewa,” tulis Ric di ruangan kapsyen ciapan Twitter tersebut.

Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video itu telah meraih sebanyak 302.9K tontonan, 4679 retweets, 263 quote tweets, dan 9973 tanda suka di laman platform sosial berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa terharu dan sebak melihat persahabatan anak-anak kecil yang tulus dan ikhlas ini.

Dalam pada itu, orang ramai turut mendoakan kesejahteraan mereka agar berjaya dan persahabatan mereka itu dapat dikekalkan.

Antara komen netizen:

Hantaran yang tular:

Continue Reading
Advertisement