Gegar Vaganza 2019 sebelum ini membuat kejutan dengan mengumumkan 2 orang juara iaitu Naqiu dan Hady Mirza.
Berkongsi kegembiraan tersebut, Naqiu Boboy mahu sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang dimenanginya didermakan kepada rumah anak-anak yatim.
Naqiu berkata niat untuk bersedekah sudah mula terdetik semasa namanya diumumkan memasuki konsert suku akhir Gegar Vaganza 2019.
Menurutnya, ketika itu, beliau ucapkan pada isteri untuk dermakan wang ke rumah anak yatim jika menang.
“Masa tu saya cakap pada isteri saya, jika menang nanti saya mahu dermakan wang pada rumah anak-anak yatim.”
Bagi Naqiu, Gegar Vaganza 2019 adalah medium untuk membina semula karier.
“Pada saya, GV2019 adalah medium untuk saya membina karier jadi duit kemenangan tu saya tak fikir sangat sebenarnya, ia lebih kepada platform,” jelas Naqiu.
Naqiu turut membawa pulang pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah sumbangan selamatbercuti.com, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan sumbangan IMHOMESTYLIST.
“Alhamdulillah syukur. Terima kasih buat Astro kerana menerima & memberi ruang. Terima kasih pengurusan @mindorder yg memimpin dari awal hingga ke pentas ini. Saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada #MindOrderians. Kalian memang terbaik!”
“Istimewa terima kasih buat @naqiurious yg sentiasa menyokong setiap minggu dgn jeritan paling kuat, team digital @neonpixelofficial yg sentiasa merakamkan momen, teman media, barisan juri, keluarga & semua yg terbabit!”
“Kemenangan ini adalah untuk kalian semua. Tanpa sokongan & dorangan kalian semua, saya tidak akan berada di tahap hari ini. Terima kasih sekali lagi. Saya amat menghargai semua ini. Alhamdulillah.. ”
Naqiu juga menerima hadiah penginapan dua hari satu malam di bilik Executive Suite, Hotel Tenara Bandar Baru Bangi dan trofi Gegar Vaganza 2019.
Rata-rata netizen tersentuh dengan niat suci Naqiu tersebut dan mendoakannya sentiasa murah rezeki selepas ini.
Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Wan Najib merupakan vokalis kumpulan Boboy iaitu band yang terkenal di awal tahun 2000.
Naqiu pernah menyepi selama 12 tahun daripada industri muzik berikutan komitmennya kepada keluarga dan menumpukan kerjayanya sebagai penyanyi kelab sebagai punca rezeki pendapatannya ketika itu.
Kini Naqiu bergerak solo dan menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019. Naqiu telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-6 2019 bersama dengan Hady Mirza.