Connect with us

Semasa

“Mulianya pemergianmu dik..” Ajal Selepas Solat, Pemuda Maut Semasa Pulang Dari Masjid

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya telah ditentukan. Begitu juga dengan kisah sebuah pemergian yang dicemburui ramai kerana kebaikannya semasa di dunia.

Kisah pemergian seorang pemuda, Mohamad Ammar Lukman Roslan yang telah terkorban kerana nahas jalanraya.

Mangsa dalam perjalanan pulang dari masjid 

Difahamkan, kejadian berlaku berdekatan Kampung Mengabang Lekor, Kuala Nerus, semalam mengundang kesedihan orang ramai.

Mangsa yang berusia 23 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak kira-kira 50 meter dari masjid selepas selesai menunaikan solat Asar, lapor Harian Metro.

Arwah mempunyai peribadi yang baik

Menerusi perkongsian di laman Facebook, ahli keluarga dan kenalan mangsa memuat naik ucapan takziah kepada keluarga.

Malah, ramai yang menyifatkan arwah mempunyai peribadi yang sangat baik serta murah dengan senyuman.

Pemergian dicemburui

“Arwah baik orangnya, sangat baik dan semua orang malahan yang tidak mengenali akan berkata benda yang sama”.

“Bukan hanya kerana perilaku, akhlak dan peribadi, malahan juga penampilan beliau”.

Takziah buat keluarga Arwah Ammar

“Ya Allah 23 Tahun Kau pinjamkan dunia untuk Ammar dan sekarang Kau tempatkan beliau untuk menyusul alam abadi. Allahurabbi sungguh mulia pemergian Mu”.

“Takziah buat keluarga Muhamad Ammar Lukman bin Roslan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para Solihin”. 

Mulianya pemergianmu dik

“Saya ingin merakamkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Ammar, dikatakan excident selepas pulang menunaikan solat waktu asar di Masjid Mengabang Lekor”.

“Ya Allah mulianya matimu dik. Marilah kita sama-sama doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan para solihin insyaAllah”. 

Salam takziah buat ahli keluarga dengan kehilangan ini. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.