Setiap insan sememangnya mempunyai kesukaran hidup yang tersendiri.
Misalnya seperti insan yang terpaksa hidup sebagai gelandangan.
Pasti suatu masa, pasti kita pernah terfikir bukan apakah mereka ini masih mempunyai keluarga ataupun sebaliknya?
Lebih-lebih lagi mereka yang sudah pun berusia dan lanjut usia.
Kisah yang sama telah dikongsikan di laman TikTok mengenai seorang gadis yang memberikan makanan kepada seorang pak cik yang duduk berehat di kawasan tersebut.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @khaleeda_nasuha itu, dapat dilihat gadis tersebut sedang berjalan ke arah pak cik berkenaan yang duduk bersendirian di sebuah jambatan yang berbumbung.
Apa yang berjaya curi perhatian warga netizen ialah tindakan gadis tersebut yang baik hati dan prihatin dengan memberikan makanan kepada pak cik berkenaan.
Setelah ditanya mengenai keluarganya, pak cik tersebut menjawab bahawa dia mempunyai anak akan tetapi anaknya itu tidak tinggal bersamanya.
Sekadar info ketika artikel ini sedang ditulis, video berkenaan telah berjaya meraih sebanyak 2.5M tontonan, 344.1K tanda suka dan 11K komen di platform TikTok itu.
Menjengah di ruangan komen, kenyataannya itu membuatkan rata-rata warganet turut berasa sebak dan bersimpati dengan nasib yang menimpa pak cik tersebut.
Antara komen netizen:
“di sebalik wajah yg ketawa🥺 Allahu”
“sayangi lah org tua selagi mereka ada🥺”
“knape xnak hargai org tua yg masih ada. kalau dekat sy da amik pakcik ni dduk ngn sy. sbb ayah sy da xada. rindu ayah. 😪”
“dalam gelak tawa pacik..ada seribu rasa yg d pendam,hargai lah masih ada mereka,tanpa mereka siapa kita d muka bumi ini😭😭😭”
“wahai anak, sesungguhnya kau dalam kerugian. aku yg hilang mak ayah ni pun Allahu sakit sangat tauu🥺”
Video TikTok yang tular: