Connect with us

Viral

“Mulut puaka” Wanita Dituduh Curi Pokok Foria, Anak Tampil Dedah Perkara Sebenar Siap Tunjuk Resit!

Seperti yang kita tahu, pameran pelbagai spesis bunga-bungaan serta tanaman hiasan, Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjutkan berikutan sambutan menggalakkan daripada orang awam.

Pun begitu, walaupun tidak dikenakan sebarang bayaran untuk memasuki pameran tersebut namun apa terdapat segelintir individu yang bertindak untuk mengambil kesempatan dengan membawa pulang pokok-pokok hiasan tanpa izin.

Apa yang membuatkan isu ini semakin panas apabila ada seorang pengguna Twitter yang berkongsi satu gambar memaparkan sekumpulan pengunjung mengambil pokok-pokok berkenaan pada Rabu.

“Orang tak habis lagi melawat Floria tu, kamu semua dah start kutip pokok bunga bawak balik,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Dia beranggapan bahawa pengunjung tersebut tidak memahami akan konsep pameran percuma dimana hanya percuma masuk melihat pokok bunga dan bukanlah mengambil pokok bunga secara percuma.

“Nak kata perangai B40, kamu naik Estima. Free entry, bukan free pokok bunga,” katanya lagi.

Disebabkan ciapan tersebut, ramai yang mengecam tindakan makcik yang berada di dalam gambar itu bahkan menganggap dia mencuri tanpa melakukan sebarang usul periksa.

“Benda ni berlaku dari floria dulu lagi. Penganjur dah lama sound. Setiap kali buat setiap kali sound tapi entahlah. Rakyat jenis pekak tuli dan buta hati.

“Pakai tudung, pakai stokin tapi mencuri! Meluat betul. Tersangat kecewa orang tiada common sense, selfish, dan tiada kesedaran kendiri.

“Geramlah. Makin lama ada saja wakil yang akan tunjuk perangai macam ni,” komen netizen.

Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila seorang lelaki muncul mengakui dirinya dalah anak kepada wanita yang berada di dalam gambar tersebut dan sekaligus menyangkal dakwaan berkenaan dan membela ibunya demi kebenaran.


Difahamkan, ibunya membeli pokok bunga tersebut dan demi menghentikan tanggapan buruk pada ibunya, lelaki ini turut membuat satu hantaran lain menunjukkan resit pembelian 25 jenis pokok tersebut dengan harga RM150.

“Woi ni mak aku. Mak aku beli pokok yang dijual dengan resit lagi bukan main kutip saja.

“Hangpa semua memang b*b* mulut puaka tak ada insurans. Tanpa tanya terus nak conclude,” kata lelaki tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meminta lelaki tersebut menyaman pengguna Twitter itu kerana telahpun menuduh dan memalukan ibunya serta menyebarkan berita yang tidak benar.

“Dah boleh buat kes saman dah ni. Boleh dapat lebih dari jumlah beli pokok tu siap boleh lebih banyak lagi lepas ni.”

“Kalau betul ni legit dan benar sebenar-benarnya, saman saja yang sebar fitnah tu. Tangkap layar semua ciapan dia, Tweet asal dan tweet keras kepala pada replies lain. Semoga jadi pengajaran untuk kita semua,” balas netizen di ciapan itu.

Continue Reading
Advertisement