Connect with us

Viral

Muncul 2 Benjol Saiz Bola Golf Di Kepala Bayi Selepas Jatuh Katil, 2 Kali Buat CT Scan Brain

Dalam fasa membesar, anak-anak akan jadi lebih aktif dan memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa.
Iospital phone repair gombak
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang bayi berusia lapan bulan terjatuh dari katil setinggi 62 sentimeter mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, ibunya yang diknali sebagai Wahyu Nurain, 29, menceritakan semula tragedi yang menimpa anaknya, Muhammad Hail Waliudin Muhamad Helmi sehingga perlu dikejarkan ke hospital.

“Selepas saya dan suami bersarapan, baba (suami Ain) mandikan dan siapkan Wali. Biasanya kami memang siapkan dia atas katil. Lepas dah siap tu dia tertidur.”

“Baba buat keputusan untuk biarkan saja dia tidur atas katil. Di sekeliling Wali, kami susun dua buah bantal dengan harapan dia tak terjatuh atau tergolek.”

“Kami pun keluar dan bersembang di ruang tamu berhadapan bilik di mana kami boleh nampak dia atas katil. Tak lama lepas tu kami nampak Wali panjat bantal. Masa tu baba terus berlari nak selamatkan Wali tapi tak sempat,” katanya.

Ain yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata menggambarkan keadaan Wali jatuh tersembam seperti atlet terjun papan anjal.

Tambahnya lagi, tiada sebarang bunyi hentakan kuat disebabkan kejadian tersebut.

“Masa kejadian pukul 11 pagi tu Wali menangis sekuat-kuatnya tapi lepas kami pujuk, dia terus aktif bermain macam biasa.”

“Tapi keesokan harinya pada 13 Disember, Wali demam. Kami terus ke klinik. Lepas buat pemeriksaan, doktor berikan surat suruh kami rujuk ke Hospital Al-Sultan Abdullah. Malam tu juga Wali kena buat X-ray.”

“Mujurlah doktor maklumkan tiada sebarang keretakan pada anak saya. Doktor cuma nasihatkan supaya kami teruskan tuam Wali,” ujar Ain yang ketika itu menarik nafas lega dan pulang ke rumah.”



Benjolan di kepala anaknya bagaimanapun menjadi semakin besar pada hari ketiga selepas insiden itu.

Malah, benjolan yang asalnya berada di sebelah kiri kini mula merebak (membengkak) di sebelah kanan.

“Kami tuam kepala Wali macam biasa tapi pada hari kelapan, benjolan tu semakin membesar. Ibarat dua biji bola golf sebelah kiri dan kanan kepala. Lilitan kepala anak saya dah jadi 46 sentimeter.”

“Wali demam dan muntah-muntah jadi kami terus bawa dia ke bahagian kecemasan Hospital Al Sultan Abdullah untuk pemeriksaan lanjut.”

“Anak saya terpaksa berpuasa pagi tu untuk buat imbasan bahagian kepala. Saya tak kuat sangat sebab risau memikirkan keadaan anak masa tu.”

“Selepas dua kali buat CT scan brain, doktor dapati tiada sebarang pendarahan berlaku dalam otak tapi terdapat darah beku di bawah lapisan kulit,” ujarnya lagi.

Gumpalan darah di bahagian kepala Wali yang membesar berkemungkinan akan menghalang aliran darah dalam tubuhnya malah doktor pula sedaya upaya mengelakkan untuk melakukan pembedahan kerana usia Wali yang masih muda.

Bagaimanapun, keadaan Wali kembai stabil dan dibenarkan untuk pulang ke rumah setelah beberapa hari ditahan di hospital.

“Alhamdulillah benjolan kepala Wali surut sepenuhnya. Tiada sebarang ubatan makan atau sapu. Benjolan surut dengan sendirinya.”

“Saya tak sangka video tu boleh jadi viral. Apa-apa pun semoga perkongsian saya sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran buat ibu bapa dekat luar sana,” kata Ain.

Video yang tular:

@wahyusapian Membalas kepada @eyma.rahimah ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Continue Reading
Advertisement