Pelakon cantik Yatt Hamzah berkongsi khabar gembira apabila hamil anak keempat menerusi laman Instagramnya.
Ramadhan dan syawal disambut lebih meriah dengan khabar gembira yang dikongsi bersama peminatnya yang mengikuti perkembangan beliau.
Pelakon cantik Yatt Hamzah juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan dan merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata.
Menceritakan pengalamannya yang disahkan hamil baru-baru ini, beliau tidak menyedari dirinya hamil dan beranggapan mungkin berat badannya telah bertambah.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Beliau turut tidak menyangkan kerana anak ketiganya baru berusia setahun. Namun Yatt tetap bersyukur dan teruja dengan kehamilan keempat beliau.
Beliau turut berharap dikurniakan cahaya mata lelaki selepas dikurniakan 3 orang anak perempuan sebelum ini.
Namun beliau turut bersyukur samada dikurniakan bayi lelaki atau perempuan dan berharap semoga kandungannya sihat dan dipermudahkan segala urusannya.
Coretan Dari Yatt Hamzah
“Kelakar bila teringat masa mula2 perasan perut ni buncit. Mati2 ingat sympton kegemukan. Langsung tak syak preggy sbb fully bf baby mmg jarang period, so mmg xtahulah kalau preggy melainkan check”.
“Tu yg x tahu sampailah masuk minggu terakhir Ramadhan, dah lain macam buncit ni, baru tergerak hati nak test dg pregnancy test dlu then baru ke klinik”.
“Dalam hati mmg ragu2, mcm tak percaya sbb kesian Medina kan kecil lg. Baru setahun x puas bermanja takkanlah dah nk dpt adik. Tp bila tgk positive kat strip pregnancy test tu, terus terdiam dan terkejut. Mampu redha dlm syukur”.
“Lepas tu terus buat appointment utk Ultrasound di @klinik_anda_wangsa_melawati dg Dr Sakinah yg baik lg cantik tu, utk confirmkan pregnancy ni”.
“Bila scan je terus muncul makhluk comel ciptaan Allah di skrin Ultrasound tu. Terus bergenang air mata”.
“Speechless, walaupun dah 4 kali lalui fasa yg sama ni tp msh perasaan yg sama ku rasa, sebak, gembira, gementar. Pandang suami, dia senyum saja dg muka selambernya. Tapi tahu dia pun happy dan kalau boleh kali ni nk baby Boy”.
“Alhamdulillah dr Sakinah kata baby masa tu berusia 10 minggu 4 hari dan dlm keadaan sihat cuma masih x nampak jantina krn msh terlalu kecil. Alhamdulillah TQ @klinik_anda_wangsa_melawati”.
“Bonda ni pun kalau boleh nk boy sbb semua all 3 girls kan. Tp Kalau Allah nk bg Girl juga x kisah, asalkan baby sihat dan sempurna. Syukur Alhamdulillah”.
“Yang paling excited semestinya #theSucis Kak Nia & Iqlima. Yeayy, Bonda ada baby baru.. kata dorang. Medina pun dah tersengih2 tgk kakak2nya happy. Hehehe.. Tak tahu yg Bonda dah berpeluh2 memikirkan apa lah nasib Bonda nanti bila all 4 bergabung. Yg 3 ni pun Bonda dah collapse”.
“Doakanlah Bonda dan baby dlm perut ni sama2 kuat berjuang melayan kerenah 3 kakaknya, selamat dan sihat hinggalah hari dia berjumpa dg kakak2nya nanti. Aameen”.
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Ramai peminat mendoakan kesejahteraan Yatt Hamzah dan kandungan. Semoga Yatt Hamzah sentiasa diberikan kesihatan yang baik pada beliau dan kandungannya.
Kami sekali lagi mengucapkan tahniah atas kehamilan keempat dan semoga Yatt Hamzah sentiasa diberkati dan bahagia disamping keluarga.