Connect with us

Viral

“Mungkin akak tu stress” Bagi Tahu Nama ‘Jay’, Tapi Lain Pula Pekerja Starbucks Tulis Buat Netizen Terhibur

Starbuck merupakan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia apatah lagi bagai golongan warga muda yang menyukai kopi yang premium dan rasa yang sangat sedap serta boleh di ‘custom’ mengikut cita rasa sendiri.

Jadi tidak hairan lah jika Starbuck menjadi tempat tumpuan untuk lepak bersama rakan atau pun sesuai dijadikan tempat untuk membuat kerja kerana tempatnya yang tenang.

Buat penggemar Starbuck, memang sudah menjadi trademark dimana Barista Coffee Starbuck akan meletakkan nama pada cawan agar mudah untuk dipanggil jika minuman sudah siap malah jika anda seorang yang suka mengambil gambar, ianya akan menjadi lebih ‘aesthetic’ gitu.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pekerja Starbuck ini telah meletakkan nama yang tidak sepatutnya pada cawan seorang pelanggan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @jay.emmir, pekerja itu meminta nama apa yang ingin dituliskan pada cawannya dan dia menjawab “Jay”.

Pun begitu, apa yang membuatkannya terkejut adalah sebaik saja minumannya itu siap, dia melihat nama lain yang ditulis pada cawannya iaitu “Gay”. Kejadian itu membuatkan dia agak kecewa dan juga terkejut kerana melihatnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@jay.emmir memang takut 😭#starbucks #fyp #foryou ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 213K tontonan, 31K tanda suka, 664 komen dan 640 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat namanya yang bertukar dan netizen menyifatkan mungkin akak pekerja Starbuck itu tersalah dengar nama yang disebut oleh lelaki ituu.

“Hm, mungkin akak tu stress” – Netizen

Tidak cukup dengan itu para netizen juga sempat berseloroh mengatakan bahawa mungkin juga emosi akak Starbuck pada ketika itu tidak stabil sehinggakan tersilap tulis nama pelanggan.

Berikut merupakan komen warga maya:

“takpe sabar je jay”

“redho jaaa lahh”


“mungkin akak tu tak dengar”

“dekah saya bang”

“ghisau”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.