Connect with us

Selebriti

“Mungkin itu permintaan yg terakhir..” Genap Setahun Pemergian, Shuib Kongsi Momen Bersama Siti Sarah Undang Sebak Netizen

Sudah genap setahun pemergiaan penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin namun kehilangannya masih terasa sehingga saat ini. Namanya sentiasa disebuti walaupun jasadnya tiada di sini. Namun, perkongsian video yang dimuat naik oleh Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad di laman Instagram menjadi perhatian netizen.


Menerusi video tersebut, Shuib menjelaskan rakaman video itu membuatkan dirinya berasa sedih apabila melihatnya. Jelasnya lagi, sewaktu itu arwah Sarah sedang hamil lima bulan dan isterinya meminta untuk dibawa makan ke tempat makan kegemarannya.

“9.8.2022.Genap setahun sayang pemergian U.Inilah video yg selalu buat i sedih yg teramat.Masa ni pregnant 5 bulan,U nak sgt makan dkt tmpt favourite U,berkali kali call Sbb nak ajak pegi mkn.Bila i pegi amik,buat pulak muka comel,dgn manja nya skali..Alhamdulillah dpt u mkn kt tmpt yg U nak.” tulis Shuib.

Di dalam video itu memaparkan Shuib yang menjemput Sarah dirumah untuk makan bersama-sama kerana isterinya itu telah menghubunginya berkali-kali. Perbualan mereka yang sangat lemah lembut dan romantis itu membuatkan warga netizen dan rakan-rakan artis menjadi sebak.

Shuib juga sempat memberi nasihat kepada para suami agar sentiasa menunaikan permintaan orang yang disayangi agar tidak menyesal kemudian hari.

“Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan org yg kita sayang, cuba lah sehabis baik utk memenuhi segala permintaan yg tersayang kerana mgkn itu adalah permintaan yg terakhir”

“Terima kasih yg terus mendoakan Siti Sarah, semoga kita semua diberkati dan di rahmati dunia dan akhirat. Amin. Al Fatihah buat SITI SARAH BT RAISSUDDIN” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen juga merasa sebak apabila melihat yang momen video mereka berdua yang telah dikongsikan.

Antara komen warganet di laman Instagram:

“She’s always adobrable..I yang perempuan ni pun boleh fall in love with her..Semoga arwah ditempatkan bersama bidadari syurga..”


“Ya Allah..sebak tengok video ni..”

“Banyak moments shuib simpan dengan siti sarah..bila salah seorang dah tiada..hanya video dan gambar sahaja pengubat rindu..”

“Al-Fatihah..moga arwah akan sentiasa berada di dalam Rahmat dan Redha Allah SWT..”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.