Connect with us

Viral

Nasi Lemak Daging RM5 Dikatakan Mahal, Peniaga Kecewa Pelanggan Merungut Undang Persoalan Ramai

Sehingga kini, ramai golongan yang terkesan dengan kenaikan harga barang seperti ayam, telur, minyak masak dan sebagainya. Ekoran perkara itu, para peniaga seakan ‘dilemma’ untuk mengekalkan atau menaikkan harga barang jualan.

Iospital phone repair gombak

Namun ada sahaja peniaga yang masih dengan harga asal agar pelanggan tetap tidak beralih ke peniaga yang lain.

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan seorang peniaga ini yang berasa kecewa dengan segelintir pelanggannya yang merungut dengan harga jualan nasi lemaknya pada harga RM5.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @toklee_granpader ini, dia telah menunjukkan perbandingan harga dan kualiti makanan nasi lemak yang dijualnya dengan peniaga lain.

Ujarnya, walaupun harga nasi lemak itu dijual pada harga RM3 namun lauk ‘portion’ daging RM5 itu lebih banyak dan berbaloi setanding dengan harga.

“Atok boleh jual RM3 tapi hampa puas ke makan kuantiti lauk sedikit macam tu? Atok nak jual daging banyak supaya hampa boleh kenyang sampai tengahari.” katanya.

Dalam rakaman tersebut, boleh dikatakan perbezaan nasi lemak yang dijualnya sangat ketara meskipun ada yang membandingkan harga nasi lemak daging yang dijualnya itu mahal sedangkan ‘portion’ lauk daging itu lebih banyak berbanding jika ingin dibandingkan peniaga lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju dengan harga yang diberikan oleh peniaga tersebut kerana memang sangat murah lebih-lebih lagi dengan portion daging yang diberikan.

Bukan itu sahaja, ada yang merasa hairan dengan sikap segelintir individu yang menganggap harga RM5 dikira mahal walhal lebih berbaloi dengan kualiti.

Antara komen warganet:

“aih? as for me murah bah tu rm5..kita peniaga je paham tok..sabar lah tok..sapot saya sekali tok…saya peniaga roti canai..”


“harap atok jual rm3 & rm5…biar depa boleh pilih nak hat yang mana..murah atau mahal..”


“RM5 tu murahhhhh gilerrrrr . Tmpt sy byk tu rm7,8 kompem telur kacang ikan bilis lagi hmmm. Moga abg murah rezeki ya..”

“RM5 dah kira murah tu..daging pun banyak..abaikan kata kata negatif tu ye tok..”


“Bagi sy murah lh tu rm5 . sy pun niaga juga n.lemak daging, kerang,paru snang cita brlauk semua rm5 . abai kan atuk … ”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@toklee_granpader dah letih nk hadap semua ni. tolong atok share hal ni. #cyzbca #fypage #viraltiktok ♬ original sound – toklee_granpader

Continue Reading
Advertisement