Connect with us

Viral

“Murid-murid enjoy” Cikgu Ajar Senamrobik, Gerakkan Versi TikTok Curi Perhatian Netizen

Senamrobik merupakan satu senaman berirama yang menggunakan muzik serta rentak kaki malah sering kali diadakan di sekolah agar para pelajarnya kekal cergas dan bersemangat untuk menjalani pembelajaran.

Sering kali kita lihat, senamrobik selalunya dilakukan dengan menari ‘chicken dance’ dan banyak lagi tarian yang agak ‘membosankan’.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru yang mengajarkan murid-muridnya senamrobik versi lebih fun telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @avraaaaa0901, kelihatan mereka sedang bersiap sedia untuk melakukan aktiviti senamrobik di sebuah sekolah yang tidak dikenalpasti lokasinya.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah senaman yang diajarkan oleh guru yang mengetuau acara tersebut merupakan step tarian di TikTok.

Dapat kita lihat murid-murid kelihatan lebih ‘excited’ dan sangat ‘enjoy’ dengan acara tersebut malah rata-rata mereka tahu bagaimana hendak menari kerana sering melihat gerakkan tersebut di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen seronok melihat aksi guru dan murid tersebut enjoy membuat senamrobik.

Malah ada juga yang berseloroh mengatakan mereka ingin bersekolah semula untuk menikmati kembali zaman senamrobik di sekolah.

Netizen juga kagum dengan usaha guru yang tahu cara untuk ‘membeli jiwa’ murid sebelum sesi pembelajaran bermula.

Komen warga maya:

“yang penting murid2 enjoy kan cikgu”

“patut la anak aku balik bagita kata cikgu ajak menari TikTok”


“Cikgu yang sporting sama.. kuat main TikTok”

“kalau gini aku pun nak pergi sekolah balik”

“cara ni buat anak murid suka dan bersemangat sebelum mulanya pelajaran..”

Video yang tular di laman TikTok:

@avraaaaa0901 Ada lawan ka nih bosss?? 😂 #senamrobik #areyouokay #hariguru #mintalinktiberrr ♬ Are You OK? – edit_2u

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.