Connect with us

Viral

Myvi Langgar Mazda Dinaiki 3 Sekeluarga Hingga Terbalik, Mangsa Tampil Berikan Penjelasan

Kemalangan jalan raya bukanlah suatu isu yang baru di Malaysia. Walau bagaimanapun, kita semua haruslah memandang serius akan isu ini agar isu ini dapat dikurangkan.

Begitu juga dengan isu yang tular baru-baru ini, sebuah kenderaan Mazda CX-8 yang dinaiki oleh 3 beranak itu dirempuh oleh kenderaan Myvi.

Insiden itu dapat dirakam menerusi dashcam kenderaan Mazda tersebut yang berlaku di Terowong Penchala kira-kira pada pukul 5:00 petang, pada Sabtu lalu.

Menurut Shalwiza Rahmat, 34, penumpang kenderaan Mazda tersebut menyatakan bahawa suaminya Arif Bashah Kamal, 39, sedang memandu manakala anaknya Adam Bashah duduk di bahagian belakang penumpang kereta Mazda berkenaan.

“Saya terdengar bunyi sesuatu (dilanggar) dari belakang dan hentaman itu menyebabkan kenderaan kami beralih ke kiri serta menghentam dinding.

“Ketika kejadian kami berada di laluan tengah manakala, kereta Perodua Myvi pula berada di laluan ketiga dan sangat laju,” ulas Puan Shalwiza.

Menerusi video yang tular tersebut, Shalwiza segera menanyakan keadaan suami dan anaknya selepas insiden itu berlaku.

Kemudian, dia terus mengarahkan suami dan anaknya segera keluar dari kenderaan berkenaan kerana bimbang kejadian yang lebih teruk berlaku.

Shalwiza terus berjumpa dengan pemandu Myvi berkenaan yang telah melanggar kenderaan mangsa.

Kelihatan kenderaan Myvi tersebut sudah terbalik di tengah jalan raya.

Shalwiza menyoal pemandu wanita Myvi tersebut bagaimana dia memandu kenderaannya sehingga boleh merempuh kenderaan orang lain sehingga keretanya sendiri terbalik di tengah jalan raya.

“Dia keluar dari kereta dengan selamba tanpa bantuan dan macam ada lebam pada mata selain tiada calar. Dia langsung tidak memandang ke arah kami.

“Saya jerit ke arahnya dan ia bukan suatu yang membanggakan. Pada saat itu sebagai ibu, saya sangat marah kenapa dia bawa kereta begitu laju,” jawabnya.

Melalui video TikTok yang telah dikongsikan, pemandu Myvi itu mendakwa dia hanya melihat aplikasi Waze sebelum merempuh kenderaan yang dinaiki oleh Shalwiza sekeluarga.

Shalwiza bersama suami dan anaknya telah menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta, serta laporan polis iuga telah dibuat Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail malam tadi.

“Anak saya pula sangat tenang dan tidak menangis cuma dia ada bertanya berulang kali mahu menonton video, tetapi saya maklumkan ia sudah tiada.

“Saya cuma tunjukkan gambar kereta remuk dan dia ada menangis pagi tadi, mungkin trauma sedikit,” ulas Shalwiza lanjut mengenai insiden tersebut kepada Kosmo!.

Selain itu, Shalwiza turut meminta bantuan sesiapa yang mempunyai rakaman insiden dari arah belakang mereka pada malam terbabit sila tampil untuk berkongsikan rakaman tersebut kepadanya agar dapat membantu untuk siasatan lanjut.

 

Video yang tular:

@dash_azzra Kemalangan di Penchala Link jam lebih kurang 5 petang.. #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia ♬ Left right x pak vong x rindu semalam x meneketehe – anantavinnie

@dash_azzra Replying to @nurulnabilah_nuraz #fyp #foryourpage #tiktokmalaysia ♬ Left right x pak vong x rindu semalam x meneketehe – anantavinnie

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.