Connect with us

Semasa

“Dah naik pangkat budak ni..” Ainul Mardhiah Dapat Adik Lelaki

Setahun yang lalu, adik Ainul Mardhiah telah selamat terbang ke London untuk membuang ketumbuhan di mulutnya. Berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia, pembedahan tersebut berjaya dan Ainul selamat pulang ke Malaysia dan dilihat semakin sihat. Hari demi hari, perkembangan kesihatan bayi kesayangan Malaysia ini dilihat semakin baik sehingga kembali normal seperti bayi lain. Dia juga […]

Adik Ainul Mardhiah sebelum ini selamat terbang ke London untuk membuang ketumbuhan di mulutnya pada tahun lepas.

Dengan bantuan doktor pakar di sana dan berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia, pembedahan tersebut berjaya dan Ainul selamat pulang ke Malaysia dan dilihat semakin sihat.

Kini perkembangan kesihatan bayi kesayangan Malaysia ini dilihat semakin baik sehingga kembali normal seperti bayi lain.

Ainul juga sudah pun berusia 2 tahun dan semakin aktif tidak seperti ketika masih bayi.

Bapa kepada Ainul Mardhiah baru saja memaklumkan bahawa baru sahaja menimang cahaya mata kedua dan ini menjadikan Ainul berubah gelaran menjadi kakak.

Menurutnya, ibu Ainul iaitu Nurul Erwani selamat melahirkan anak kedua mereka kira-kira jam 3.40 petang sebenat tadi. A

Ahmad Safiuddin juga menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T dengan kelahiran bayi lelaki mereka setelah beberapa tahun kelahiran Ainul.

“Alhamdulillah dah naik pangkat budak ni. Patut lah 2 3 hari ni banyak betul akal dia termasuk dah reti menonggeng. Menonggeng nak berdiri”

Muat naik yang dibuat oleh Ahmad Safiuddin telah menerima pelbagai reaksi positif dari netizen di mana rata-rata telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada keluarganya.

Mereka turut menyatakan bahawa Ainul sudah naik ‘pangkat’ kerana telah menjadi kakak dan terus mendoakan kesejahteraan mereka semua.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.