Connect with us

Viral

“Nak, ayah minta maaf” 4 Sekeluarga maut, Lelaki Meraung Tengok Anak Terbaring Atas Jalan Raya Undang Sebak Ramai

Seringkali kita dengar dimana ibu bapa yang kehilangan anak buat selama-lamanya lebih sakit daripada anak yang kehilangan ibu bapa buat selama-lamanya. 

Iospital phone repair gombak

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki meraung meminta maaf selepas melihat dua anaknya terbaring di atas jalan raya selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan mengundang sebak ramai. 

Menerusi video yang dimuat naik, dapat kita lihat dia memeluk jasad anaknya yang kaku sementara seorang lagi anak menangis di sebelahnya.
“Ayah minta maaf nak”


“Yusuf Daniel nak, Allahu akbar nak. Ayah minta maaf nak, nak ayah minta maaf nak. Ayah minta maaf adik.. Adik.. Ayah minta maaf”

Memetik laporan sinar harian, kemalangan yang berlaku di simpang tiga Jalan Kolam Machap, Alor Gajah, pada jam 7.45 pagi Ahad telah menyebabkan empat sekeluarga maut.


Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, ketika kejadian Muhammad Izwan Ibrahim yang memandu Toyota Estima dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.

Menurutnya, setiba di simpang tiga berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Cruiser dipandu lelaki berusia 59 tahun dari arah Durian Tunggal, secara tiba-tiba telah keluar simpang dan membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.

Beliau berkata, Muhammad Izwan yang beralamat di Felda Bukit Senggeh, Asahan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun telanggar bahagian kiri hadapan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Katanya, akibat kemalangan itu, warga emas, Ibrahim Daud (bapa) meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala Latipah Dorahim (ibu), Syazana Tharin (isteri) dan Yusuf Daniel Muhammad Izwan (anak umur 5 tahun) meninggal dunia di Hospital Alor Gajah akibat cedera parah di kepala.

“Seorang lagi anak Muhammad Izwan, Aniq Fahim yang belum pasti usianya sedang dirawat di zon merah hospital yang sama.”

“Sementara itu Muhammad Izwan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya

Pemandu pacuan empat roda jenis Land Cruiser berusia 59 tahun dibawa ke hospital kerana mengalami sakit dada.

Beliau berkata, jenazah kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

“Pemandu berusia 59 tahun kemudian ditahan polis lebih kurang jam 11 pagi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah.”

“Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan polis,” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@adammrashhTangisan kehilangan org tersayang🥺

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Continue Reading
Advertisement