Connect with us

Viral

“Nak buang tapi sayang pula” Terima Si Bulus Sebelum Berpisah, Gadis Ini Kongsi Kisah Asyik Teringat Bekas Kekasihnya

Setiap hubungan yang dibina pasti akan ada pengakhirannya, sama ada ke jinjang pelamin ataupun sebaliknya.

Iospital phone repair gombak

Sama seperti kisah seorang gadis yang tular di laman TikTok baru-baru ini yang menceritakan kisah percintaannyayo yang berhenti di tengah jalan, kerana tiada jodoh.

Apa yang lebih menyedihkan apabila bekas kekasihnya itu pernah menghadiahkannya seekor kucing dua tahun sebelum perpisahan mereka terjadi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @yourateh, telah dipaparkan gadis tersebut yang bernama Che Puteh Khadijah bersama dengan kucingnya itu.

“Kucing ni hadiah dari ex selagi ada tu takleh move on. Hm nak buang tapi sayang pula,” tulisnya di ruangan video tersebut.

Menurut Che Puteh Khadijah atau lebih dikenali sebagai Ateh, kehadiran kucing yang bernama Cimo itu semakin sukar untuk dia melupakan kenangan bersama bekas kekasihnya itu.

“Saya memang suka kucing sejak kecil tapi family saya tak bagi bela sebab mereka ada alahan apa semua.

“Kalau ikutkan dia pun tak suka kucing tapi dia layankan je. “Saya pun bela anak kucing tu secara senyap-senyap. Family saya tak tahu,” katanya berdasarkan laporan MStar.

Walau bagaimanapun, akhirnya rahsia Ateh itu terbongkar jua apabila Cimo semakin membesar dan sukar untuk disembunyikan lagi.

Ateh turut menyatakan bahawa jika dia tiba-tiba perasaan rindu terhadap bekas kekasihnya itu hadir, dia akan terus memeluk Cimo bagi mengubat luka di hatinya itu.

Bukan itu sahaja, Ateh juga semakin sayang akan Si Cimo dan tidak sampai hati untuk membuang kucing tersebut lalu memilih untuk menjaga Cimo dengan sepenuh hatinya.

“Apabila teringat dekat bekas teman lelaki saya tu, saya akan pergi bagi Cimo makan, tidur dengan dia, manja-manja dengan dia, peluk dia. “Saya tak ada la nak pergi menangis dan meraung-raung dekat Cimo, saya dah reda dengan apa yang terjadi,” luahnya.

Jelas Ateh, dia lebih memilih untuk lebih menyayangi dirinya dan mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap masa depannya dan mendapatkan kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai terhibur dengan video yang tular tersebut dan berseloroh mengenai kucing bernama Cimo itu.

Antara komen netizen:

“getback je laa sis, anak kucen mana yg sanggup tgok mak pak dia bercerai”


“Takpe dik hak penjagaan selalu mak akan menang”

Video TikTok yang tular:

@yourateh #SlowZoom ♬ original sound – Shuna !!

Continue Reading
Advertisement