Tabiat suka tidur lewat malam selalunya dikaitkan dengan masalah kecerdasan minda dan badan menjadi lesu pada kesokan harinya.
Memang tak dinafikan, bukan mudah untuk tidur awal lebih-lebih lagi jika ada anak kecil di rumah.
Namun begitu, jika anda komited untuk menjaga kecantikan dan kekal langsing, waktu terbaik yang dicadangkan untuk masuk tidur adalah sebelum jam 11 malam.
Ya, walaupun nampak macam tak logik, sebenarnya golongan yang sering tidur lewat lebih cenderung untuk makan makanan ringan ataupun ‘snek’ yang mengandungi lemak dan manisan.
Amalan seperti ini sangat tidak sihat, malah menyumbang kepada obesiti dan masalah kesihatan yang lain.
Ia juga memberi kesan terhadap metabolisme tubuh dan dalam masa yang sama mengganggu diet anda.
Di dalam satu kajian oleh satu pengeluar produk Jawbone, seramai 85,000 orang telah memberi maklum balas di mana mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding golongan yang tidur selepas jam 11 malam.
Berjaga lewat malam bukan sahaja mengganggu proses pelangsiangan badan, ia juga sangat mempengaruhi hormon di dalam badan yang akan membatkan keadaan kulit menjadi kering, kusam dan mudah berjerawat.
Serang pengkaji dari Jawbone, Dr. Kirstin Aschbacher menjelaskan sekiranya seseorang menjadikan tidur sebelum jam 11 malam sebagai amalan selama setahun, ia mampu menurunkan berat badan sehingga tiga kilogram! Walaupun tanpa diet.
Jadi, sekiranya anda seorang yang kerap berjaga lewat malam dan mengalami masalah berat badan, cubalah untuk tidur awal.
Nescaya anda akan merasai perubahan dari segi fizikal dan mental.