Connect with us

Viral

Nak Drumstick Ayam Untuk Anak, Si Ibu Siap Buat Karangan Cerita Kisah Sedih Curi Perhatian Netizen!

Dengan aplikasi tempahan makanan seperti Grabfood, Shopeefood, dan Foodpanda, pelanggan boleh memilih makanan mereka beserta dengan nota tambahan mereka.

Iospital phone repair gombak

Kebiasaannya nota itu ditulis dengan permintaan seperti ‘tak nak sayur’, ‘kurang pedas’ ataupun ingin memilih bahagian ayam tertentu berdasarkan menu yang telah dipilih oleh pelanggan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pelanggan meninggalkan nota di aplikasi tersebut dengan panjang yang berjela-jela hanya untuk meminta bahagian drumstick ayam telah membuatkan ramai warganet terhibur.

Difahamkan, hantaran itu pada awalnya dimuat naik oleh Nur Aina Syahirah di ruangan komen Facebook Daily Rakyat yang sebelumnya berkongsikan mengenai pengalaman peniaga yang lain.

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan pelanggan tersebut yang merupakan seorang ibu meminta agar peniaga memberikan bahagian drumstick ayam buat anaknya.

Sempat lagi dia bercerita, anaknya itu hanya memakan drumstick ayam setelah menonton rancangan kanak-kanak popular, Upin & Ipin.

Dikatakan jika ianya bukan bahagian peha, anaknya tidak mahu makan ayam tersebut.

Apa yang membuatkan lebih ramai terhibur, si ibu itu sempat bercerita bahawa anaknya itu sebenarnya takut untuk makan ayam kerana ayam peliharaannya dahulu pernah dimakan kambing.

Pendapat min, si ibu berbuat demikian mungkin kerana dia pernah meminta drumstick ayam tetapi tidak diendahkan.

Jadi dengan cara meluahkan segala kisahnya, mungkin pelanggan itu akan dapat tepat dengan apa yang diminta.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya terhibur kerana terkejut apabila mengetahui bahawa kambing boleh memakan seekor ayam.

Dalam pada itu, ramai juga yang berasa tersentuh kerana melihat pengorbanan ibu yang sanggup menceritakan kisahnya demi mendapatkan bahagian ayam yang diinginkan oleh anaknya itu.

Antara komen netizen:

“Pehal kambing makan ayam lak tu hahahaha”

“part kmbing mkn ayam trus aku gelak berdekah….agak2 la”


“Usaha ibu ayah nak pastikan perut anak dia terisi…jangan la di kecam. Parents yang dapat anak picky-eaters atau difficult child, akan buat apa saja demi kesejahteraan anak”

Hantaran yang tular:

Continue Reading
Advertisement