Connect with us

Selebriti

Nak Ikut Jejak Langkah Arwah Ayah, Amaris Sentiasa Cari Masa Kongsi Rezeki Dengan Anak Yatim

Siapa yang pernah menonton drama Cinta Buat Emelda ini pasti sedar akan kehadiran seorang pelakon hebat Putra Amaris atau nama sebenarnya Muhammad Amran Haji Ismail ini.

Walaupun sudah jarang muncul di layar perak namun dia masih lagi bergiat aktif menerusi platform media sosialnya untuk berkongsikan perkembangan malah pemilik lagu ‘Ini Janjiku’ dilihat turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, Putra Amaris telah ditemui pada sesi Meet & Greet sempena pelancaran Amaris Diamond Tea, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Memetik sumber, pelakon ini mengakui antara rutin wajib yang dilakukannya adalah sentiasa berkongsi rezeki dengan anak-anak yatim, tahfiz dan asnaf kerana menyifatkan perkara itu adalah satu ketenangan dan punca dirinya sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

“Rahsia saya adalah bersyukur dengan apa yang berikan dan itulah apa yang saya beritahu pada diri sendiri. Bersyukur kalau Allah beri banyak dan bersyukur juga kalau dapat sikit sebab itu semua ujian. Dalam masa sama saya bantu orang lain juga dengan berkongsi rezeki…”

“Alhamdulillah, mungkin disebabkan saya selalu berkongsi rezeki menjadi punca rezeki saya dimurahkan. Walaupun saya tidaklah kaya tapi saya yakin apa yang Allah beri sekarang ini, saya nak berkongsi dengan orang lain juga…”

“Bila saya buat apa pun saya akan teringat mereka. Bukan saya saja tapi semua pasukan saya bergerak membantu ramai orang khususnya untuk berkongsi rezeki. Walaupun bukan dalam bentuk duit tapi kita tetap berkongsi makanan…”

“Kalau saya ada masa bersama ‘team’, kami akan sama-sama menyantuni rumah anak-anak yatim dan saya suapkan mereka. Saya cubalah buat begitu… Bukan sebab nak rezeki masuk atau nak duit masuk banyak, tapi saya dapat rasakan ketenangan itu yang luar biasa,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Amaris juga mengatakan ingin meneruskan serta mengikuti jejak langkah arwah ayahnya yang tidak pernah lokek dan gemar berkongsi rezeki.

“Itu adalah tips daripada ahli keluarga saya juga. Carilah masa untuk jenguk mereka. Kalau ada kesempatan bagi minum, suapkan mereka. Itu yang saya lihat juga dalam kalangan ahli karporat yang menjadi inspirasi saya yang yang mana mereka istiqamah, berterusan buat benda itu. MasyaAllah…”

“Arwah ayah saya selalu buat perkara itu dan saya cuba nak teruskan bersama pasukan Dapur Pasak. Persekitaran saya juga Allah hadirkan orang-orang hebat. Semua pasukan saya ini bukan dari Kuala Lumpur tapi dari utara, selatan, timur dan berkampung seminggu bukan hanya untuk berbisnes semata, tapi untuk komited buat program infak..” ujarnya lagi.

 

Continue Reading
Advertisement