Dunia pekerjaan bukanlah satu perkara yang mudah, bukan sahaja kita perlu lebih fokus dengan segala tugasan malah pelbagai cabaran dan rintangan lain yang perlu kita tempuhi seperti adanya officemate yang ‘kaki kipas’ boss, majikan yang serba tidak kena dan banyak lagi.
Sebab itulah orang selalu kata, rezeki itu hadir dengan pelbagai cara dan salah satunya dengan mendapat pekerjaan yang selesa, suasana di tempat kerja yang selesa, rakan kerja yang supportive dan boss yang baik serta memahami bahkan ini juga antara faktor seseorang itu dapat bertahan lama.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita mendapat ‘sesuatu’ daripada majikannya telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @drhannan, kelhatan pada awalnya dia geram dengan staffnya yang tidak menjawab pangilannya setelah beberapa kali call.
“Sakit hati dengan staff,” katanya.
Namun siapa sangka rupa-rupanya ada satu plot twist dimana yang tidak disangka-sangka dimana dia memberikan sebuah telefon pintar baru berjenama, iPhone kepada staffnya itu.
Difahamkan, staff berikutan tidak mengangkat telefon berulang kali kerana bateri telefon staff ‘kong’.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 528.4K tontonan, 34.4K tanda suka, 328 komen dan 179 perkongsian di applikasi TikTok
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘jealous’ dengan wanita tersebut kerana mendapat majikan yang sangat prihatin dan memahami.
Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang berseloroh mungkin lepasni jika bagi alasan motor atau kereta yang rosak mesti boss akan gantikan yang baru.
Berikut merupakan komen warga maya:
“lepas ni kalau datang lambat alasan motor atau kereta rosak..”
“aku pun taknak angkat la boss aku call”
“ada borang nak isi masuk kerja tak”
“nak jadi staff juga boleh dapat iPhone”
“beruntung betul dapat boss macam ni”
“eh boss taknak sakit hati dengan saya ke?”