Bagi seorang muslim, bukanlah satu perkara yang mudah untuk menetap di sesebuah negara yang majoritinya beragama lain selain islam.
Bukan sahaja perlu menitik beratkan isu makanan yang halal bahkan terdapat beberapa syarat yang diperlukan untuk bekerja di sana.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi pengalamannya sewaktu meminta pekerjaan di Korea Selatan mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, dia menghadiri beberapa interview termasuklah untuk bekerja di sebuah kilang dan restauran di sana.
Bagaimana pun, kedua-dua pekerjaan tersebut memerlukan wanita ini untuk membuka tudung.
Pada interview yang pertama, dia dimaklumkan untuk membuka tudung sewaktu berada di dalam kilang manakala untuk pekerjaan kedua, pihak pengurusan dapat tahu wanita ini seorang muslim menerusi kad idnya dan turut dimaklumkan untuk membuka tudung sewaktu bekerja di restauran berkenaan.
“Walaupun kerja potong bawang je, akak terpaksa tolak.”
Pun begitu, wanita ini menanggap rezeki tidak berpihak padanya dan melupakan hasrat untuk bekerja di kedua-dua tempat tersebut oleh kerana memerlukannya membuka tudung.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum dengan sikap wanita ini yang menolak tawaran kerja tersebut kerana syarat yang ditetapkan melanggar hukum sebagai seorang wanita muslim.
Bukan itu sahaja, netizen juga mendoakan agar dia dipermudahkan segala urusan lebih-lebih lagi dalam mencari pekerjaan yang halal.
Antara komen warga maya:
“Masyaallah akak sanggup tolak kerja tu demi mempertahankan aurat.. moga dapat kerja yang lebih bagus dari tu..”
“Semoga ada rezeki akak dapat kerja kat sana aminn”
“Kawan aku nak kerja kilang kat Korea sebab dia berhijab dia tak di terima”
“Tahniah kerana berpegang teguh pada ajaran agama”
“Syukur kuat iman,, moga Allah permudahkan urusan awak..”
Video yang tular di laman TikTok: