Dalam kehidupan seharian, sememangnya kita dikelilingi dengan pelbagai jenis perangai manusia bahkan bahaya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Bak kata orang, rambut sama hitam, hati lain-lain. Jadi, kita perlulah berhati-hati walaupun berada di dalam rumah sendiri kerana bahaya tidak mengira tempat dan waktu.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana dua orang pemuda yang tinggal di sebuah rumah bujang diganggu seseorang yang tidak dikenali malah menyeramkan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik @darwisy_aziz di laman Twitter, pada awalnya mereka terdengar suara lelaki di luar rumah dan cuba nak masuk daripada pintu belakang.
Apabila ditanya nak apa, lelaki pelik itu menjawab nak masuk rumah. Dia siap lambai tangan dan tanya kepada lelaki itu “nak main tak”.
Mereka yang pada ketika itu cuak dengan situasi tersebut bertindak menghalau lelaki itu namun tanpa disangka-sangka lelaki tersebut berjaya masuk ke dalam bilik salah seorang rakannya pada keesokkan harinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui turut meremang melihat video tersebut apatah lagi lelaki itu mengajak mereka melakukan perkara yang terlarang.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga berpesan agar orang ramai lebih berhati-hati dan tidak membiarkan pintu terbuka.
Antara komen warga maya:
“jenis mereng gini kalau tak berkunci pintu rumah kau memang tetahu dia dah kat dapur je buat dalgona kopi”
“jadi laki pun tak selamat zaman sekarang ni”
“dengan tekanan hidup zaman sekarang elok dilepaskan semua tekanan tu kat dia je, jerit maki halau dia. Baru dia sedar harga ayam minyak dah naik”
Jom layan thread pemuda ini di Twitter: