Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.
Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.
Senang cerita boleh bosan jika tiada anak-anak di rumah kerana ada sahaja telatah yang hendak mereka lakukan.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang anak sempat bergurau kasar dengan ayahnya yang ketika itu sedang bersiap-siap untuk keluar mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @norrmhamad3, kelihatan si ayah cantik berbaju melayu putih dan bersongkok hitam sedang bersalam-salaman dengan isteri sebelum keluar dari rumah.
Difahamkan, si ayah pada ketika itu hendak pergi mengaji namun denga spontan anaknya bertanya sama ada ayahnya itu mahu pergi mengaji ataupun pergi bernikah. Manakan tidak, pakaiannya yang serba putih nyata membuatkan anaknya ‘confused’.
“nak pergi mana? nak pergi mengaji ke nak pergi nikah?” tanya anaknya selamba.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditlis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 118.3K tanda suka, 1654 komen dan1761 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat anaknya yang selamba bertanyakan begitu seolah-olah ingin membuatkan si ibu ‘over thinking’ dengan bapanya.
Bukan itu sahaja malah para netizen juga terhibur dengan suaminya itu kerana sempat berseloroh dan berterima kasih kepada isteri.
“terima kasih kerana bahagi dua” kata suami kepada sang isteri.
Tidak cukup dengan itu, cara mereka bersalaman seperti ‘abang-abang kawasan’ itu juga nyata membuatkan netizen tidak kering gusi melihatnya.
Berikut merupakan komen warga maya: